Bab 2 Bantuan Kecemasan

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

Seseorang individu memerlukan CPR jika:

  • Tidak bernafas
  • Tidak ada nadi
  • Tidak memberikan respons kepada rangsangan

Punca yang mungkin menyebabkan situasi di atas:

  • Serangan jantung
  • Lemas
  • Renjatan elektrik

Kaedah CPR:

  1. Periksa respons mangsa
    • Minta orang lain untuk menghubungi 999 jika mangsa tiada respons

  2. Donggakkan kepala dan angkat dagu mangsa

  3. Menekan dada mangsa
    • Letakkan tapak tangan di tengah dada mangsa
    • Menekan dada ke bawah 5-6cm
    • Biarkan dada mangsa kembang semula
    • 100-120 tekanan per minit

  4. Melakukan 2 kali hembusan mulut ke mulut selepas setiap 30 kali tekanan dada
    • Picit hidung mangsa dan hembuskan udara ke dalam mulut mangsa
    • Diulang sehingga mangsa sedar atau ambulans tiba

Kepentingan CPR:

  • Menghasilkan peredaran darah di dalam tubuh mangsa
  • Memberi udara beroksigen kepada mangsa


Heimlich Manoeuver

  • Heimlich Manoeuver digunakan untuk menyelamatkan individu yang tercekik (saluran pernafasan disekat oleh benda asing seperti makanan)

Tanda-tanda individu yang tercekik:

  • Tidak boleh bercakap
  • Sukar untuk bernafas
  • Kulit kelihatan kebiruan (disebabkan kekurangan oksigen dalam darah)

Kaedah Heimlich Manoeuever:

  1. Berdiri di belakang mangsa
  2. Bongkokkan badan mangsa sedikit ke hadapan
  3. Memeluk mangsa dari belakang dan genggamkan tangan
  4. Letakkan genggaman tangan di bawah rusuk mangsa
  5. Sentak ke atas dengan kuat dan cepat
  6. Mengulangi 5. sehingga benda asing dikeluarkan


Nota Sains Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 2)