Bab 3 Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan

Jenis Termometer dan Cara Mengukur Suhu Badan

termometer klinik

Termometer klinik

  • Diletakkan di bawah ketiak atau di dalam mulut

Termometer inframerah

  • Arahkan termometer kepada dahi
  • Menyukat suhu badan tanpa sentuhan badan

Termometer rektal

  • Dimasukkan ke dalam dubur
  • Biasanya digunakan pada bayi kecil

Termometer makmal

  • Tidak sesuai untuk menyukat suhu badan
  • Digunakan untuk menyukat suhu cecair


Punca Suhu Badan Melebihi Normal (36.9°C)

  • Jangkitan virus atau bakteria
  • Strok haba
  • Senaman berat


Kadar Denyutan Nadi

  • = Degupan jantung per minit
  • Boleh dirasai pada titik nadi (permukaan kulit yang dekat dengan arteri)
  • Bahagian badan manusia yang terdapat titik nadi:
    • Leher
    • Pergelangan tangan
    • Belakang lutut
    • Pangkal paha


Bacaan Tekanan Darah

  • Tekanan darah diukur menggunakan sfigmomanometer
  • Unit: mmHg
  • Tekanan darah normal: 120/80 mmHg atau ke bawah
    • Berisiko darah tinggi jika lebih daripada 130/85 mmHg



Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI)

  • Ukuran jisim badan berbanding dengan ketinggian
  • BMI = Jisim badan / Ketinggian2 (dalam kg dan m)
  • BMI dan kategori jisim badan:
BMIKategori
< 18.5Kurang jisim badan
18.5 – 24.9Normal
25.0 – 29.9Berlebihan jisim badan
> 30.0Obes
  • Contoh:
    • Jisim badan = 63kg
    • Ketinggian = 1.75m
    • BMI
    • = 63 / 1.752
    • = 20.57kg m-2 (Normal)


Nota Sains Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 3)