Bab 4 Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam

Teknologi Hijau

Definisi:

Pembangunan untuk memelihara alam sekitar dan mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia


Kepentingan

  • Meringankan kemusnahan alam sekitar
  • Mengurangkan pengeluaran karbon
  • Mengurangkan penggunaan sumber asli
  • Meningkatkan taraf kesihatan dan kehidupan manusia


Sektor Tenaga

Isu Sosiosaintifik

  • Sumber bahan api fosil mungkin akan habis
  • Pengeluaran gas rumah hijau menyebabkan pemanasan global
  • Menyebabkan perubahan iklim yang ekstrem

Aplikasi Teknologi Hijau

  • Sumber tenaga angin, hidro, solar dan geoterma
Turbin angin


Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa

Isu Sosiosaintifik

  • Sisa kimia mengganggu ekosistem sungai dan lautan
  • Penguraian sisa pepejal melepaskan gas rumah hijau
  • Sisa makanan menyebabkan pencemaran alam sekitar

Aplikasi Teknologi Hijau

  • Mengguna semula kertas terpakai
  • Pengasingan sisa rumah
  • Proses rawatan biologi ke atas sisa pepejal untuk diubah kepada bahan organik dan biojisim
  • Tolak, Kurangkan, Guna semula, Kitar semula dan Pemulihan (5R, Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery)


Sektor Pertanian dan Perhutanan

Isu Sosiosaintifik

  • Penerokaan hutan menyebabkan kepupusan flora dan fauna
  • Pembakaran terbuka menyebabkan jerebu
  • Penggunaan racun serangga merosakkan tanah tanaman

Aplikasi Teknologi Hijau

  • Memproses sisa pertanian untuk dijadikan baja
  • Penanaman semula pokok
  • Mengawal aktiviti pembalakan


Sektor Pengangkutan

Isu Sosiosaintifik

  • Petrol dan diesel mungkin akan habis digunakan
  • Kenderaan melepaskan gas karbon dioksida dan karbon monoksida
  • Gas-gas berbahaya yang dikeluarkan menyebabkan hujan asid

Aplikasi Teknologi Hijau

  • Pengangkutan hijau seperti basikal dan kenderaan hijau
  • Kenderaan Gas Asli
  • Menggantikan petroleum dengan bahan api bio


Nota Sains Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 4)