BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA

Bab 1 Warisan Negara Bangsa - Kesultanan Melayu Melaka

1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat

Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu

Raja

  • Tonggak utama kerajaan
  • Dibantu oleh para pembesar
  • Memperoleh ketaatan daripada rakyat
  • Ditaati dan dianggap suci
  • Contoh: Raja Champa dikaitkan dengan Dewa Siva dan dianggap suci



Undang-undang

  • Memastikan kesejahteraan kerajaan
  • Menjadi panduan pentadbiran kerajaan
  • Contoh: Undang-undang Kutara Manawa di kerajaan Majapahit



Wilayah Pengaruh

  • Kawasan yang rakyatnya memperakui pemerintahan raja
  • Contoh: kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra



Rakyat

  • Penduduk sesebuah wilayah
  • Setia kepada raja
  • Contoh: Rakyat membuktikan kesetiaan kepada Raja Srivijaya dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah


1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam pembentukan negara bangsa yang kukuh

Kerajaan

  • Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar
  • Tonggak pentadbiran Melaka ialah Sistem Pembesar Empat Lipatan
  • Menggunakan gelaran sultan selepas kedatangan Islam



Rakyat

  • Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut
  • Terdapat golongan merdeka dan hamba
  • Kesejahteraan rakyat Melaka dijamin oleh sultan manakala rakyat mengakui kekuasaan sultan
  • Hubungan timbal balik ini mewujudkan persefahaman



Kedaulatan

  • Lambang kekuasaan tertinggi sultan
  • Diakui kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan asing
  • Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka



Wilayah Pengaruh

  • Merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera
  • Diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan



Undang-undang

  • Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka
  • Untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat



Lambang Kebesaran

  • Merupakan identiti dan keistimewaan Sultan Melaka
  • Adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor
  • Cap mohor digunakan untuk mengesahkan arahan sultan


1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang

Sistem Pentadbiran

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan peringkat jajahan

Pentadbiran Pusat

Bendahara

  • Ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera
  • Menasihati sultan dalam pelbagai hal dan menjadi pemangku sultan

Penghulu Bendahari

  • Mengurus perbendaharaan kerajaan
  • Dibantu Syahbandar untuk megutip cukai di pelabuhan

Temenggung

  • Menjaga keselamatan kota Melaka

Laksamana

  • Panglima angkatan laut Melaka



Peringkat Jajahan

  • Pembesar ditugaskan untuk menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung
  • Menjaga keamanan kawasan pentadbiran dan dibenarkan mengutip cukai
  • Dilantik sultan dan Pembesar Berempat



Undang-undang

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka

Hukum Kanun Melaka

Jenayah

  • Fasal 5.1, hukuman bunuh terhadap kepada seseorang yang didapati membunuh tanpa pengetahuan raja atau pembesar
  • Fasal 4, hukuman bunuh terhadap sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan

Peranan Sultan dan Pembesar

  • Fasal 1, dijelaskan tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari
  • Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar

Kekeluargaan

  • Fasal 26, pernikahan memerlukan empat orang saksi, dua orang sahaja jika tidak cukup
  • Hamba abdi dan wanita tidak boleh memjadi saksi tersebut

Ekonomi

  • Fasal 30, amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan
  • Orang niaga hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli



Undang-undang Laut Melaka

Peranan Nakhoda

  • Fasal 13.1, nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari
  • Fasal 13.3, sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai, perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk mendapatkan persetujuan

Pelayaran

  • Fasal 9, malim harus arif tentang ilmu pelayaran
  • Jika malim lalai sehingga menyebabkan kerosakan, dia akan dihukum bunuh

Jenayah

  • Fasal 5, seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal akan dikenakan hukuman mati

Percukaian

  • Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang


1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat

Peranan Sultan

  • Bertanggungjawab terhadap keselamatan dan perpaduan rakyat, kestabilan kerajaan, dan memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat



Peranan Pembesar

  • Menjaga keamanan dan kebajikan rakyat kawasan
  • Perantara antara sultan dengan rakyat
  • Mengutip hasil
  • Membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah


Peranan Rakyat

  • Taat setia kepada pemerintah
  • Mematuhi segala arahan pemerintah
  • Tidak menderhaka kerana takut ditimpa tulah
  • Menghadiri majlis umum
  • Menjadi tenteta, pengayuh atau pendatung kapal perang
  • Menyumbang tenaga kerja seperti membina istana atau jalan


Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 1)