BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan

Pandangan Tokoh Terhadap Kemerdekaan

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

  • Rakyat perlu membebaskan diri daripada pihak luar dengan semangat jinsiyyah dan wataniyyah

Mahatma Gandhi

  • Setiap negara berhak untuk menguruskan negara sendiri demi keharmonian hidup

Nelson Mandela

  • Kebebasan daripada sebuah sistem yang menindas

Soekarno

  • Kebebasan selama-lamanya daripada politik penindasan

Tunku Abdul Rahman

  • Kemerdekaan ialah satu tempat perhentian dalam perjalanan menjadi negara berdaulat

Tun Dr. Mahathir Mohamad

  • Semangat menyayangi negara dengan sepenuh hati selain kebebasan daripada penjajahan


Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

Politik

  • Mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

Peringkat Antarabangsa

  • Menganggotai Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Ekonomi

  • Rancangan Malaya Pertama
    • Menumpukan pada luar bandar
    • Mempelbagaikan hasil pertanian
    • Menambahkan peluang pekerjaan

  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
    • Menempatkan semula keluarga luar bandar
    • Mereka menanam getah atau kelapa sawit di tempat baharu

Sosial

  • Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan
  • Jabatan Penerangan
    • Ditubuhkan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat

  • Hospital ditubuhkan
  • Penyediaan bekalan elektrik dan air bersih diutamakan


Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

Wilayah Pengaruh

  • Terdiri daripada negeri-negeri yang mempunyai Sultan atau Yang Dipertua Negeri

Kerajaan

  • Mentadbir negara
  • Terbahagi kepada Badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman
  • Dipilih melalui pilihan raya

Kedaulatan Undang-undang

  • Memastikan kesejahteraan negara
  • Semua penduduk tertakluk di bawah undang-undang

Lambang Kebangsaan

  • Simbol perpaduan
  • Contoh: Jata Negara dan Jalur Gemilang

Rakyat

  • Mempunyai hak asasi di sisi undang-undang


Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 10)