BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 1)

Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme - Amerika

2.1 Maksud Nasionalisme

Maksud

  • Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
  • Semangat kebangsaan untuk menentang penjajahan serta membela bangsa dan negara
  • Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada kuasa asing



Pendapat Tokoh

Hans Kohn

  • Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya



Profesor William R. Roff

  • Nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri
  • Disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu dan faktor ekonomi
  • Kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat



Dato’ Onn Jaafar

  • Kita hendak menzahirkan bangsa yang lebih tegap dan kuat
  • Boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri
  • Mengambil tempat kita yang sebenar



Dr. Burhanuddin al-Helmi

  • Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan yang kuat, iaitu National Fronts
  • Usaha untuk mencapai kemerdekaan hendak berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan Islam



Dr. R. Suntharalingam

  • Hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negara sendiri
  • Memindahkan kedaulatan kepada rakyat
  • Kesetiaan ulung individu kepada negara bangsa



Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

  • Wujud sejak zaman Kesultanan Melaka
  • Kesetiaan kepada raja
  • Berpegang pada “Tanah Melayuan”



Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

  • Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dan negara sendiri sebelum merdeka



2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Revolusi Keagungan (1688) – England

  • Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
  • Tercetus kerana Raja James II membelakangkan parlimen
  • Ahli parlimen bangkit menentang dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda
  • Raja James II melarikan diri ke Perancis
  • Berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah
  • Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange
  • Bill of Rights digubal



Revolusi Amerika (1766)

  • Menentang penjajahan British
  • Disebabkan British tidak melindungi hak penduduk Amerika
  • Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika
  • Penduduk Amerika menentang Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh yang mengenakan cukai di tanah jajahan tersebut
  • Menggunakan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika dalam parlimen
  • Kongres yang diketuai George Washington mengisytiharkan perang terhadap British demi kemerdekaan
  • Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson
  • Perisytiharan tersebut menegaskan sekiranya kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, penduduk berhak untuk membentuk kerajaan baharu
  • Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi ditubuhkan


Revolusi Perancis (1789)

  • Tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis
  • Memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan
  • Jean Jacques Rousseau
    • Menulis The Social Contract
      • – Keunggulan suara rakyat menjamin kesejahteraan rakyat
      • – Suara rakyat digelar sebagai “hasrat umum”
      • – Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi darapada institusi raja dan birokrasi
  • Golongan revolusi
    • Menentang pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan
    • Menggempur penjara Bastile untuk membebaskan tahanan politik
    • Menggulingkan Raja Louis XVI
  • Republik Perancis muncul dan pemerintahan beraja berakhir


2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia

Nasionalisme di India

  • Reaksi penduduk terhadap dasar imperialisme British
  • Titik tolak: Dahagi India 1857
  • Awal:
    • Bercorak gerakan yang mengutamakan isu sosioagama
    • Pertubuhan penting: Brahmo Samaj dan Arya Samaj
      • Menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan
  • Penghujung abad ke-19:
    • Kemunculan golongan intelektual
    • Lebih tersusun
    • Pertubuhan politik: Kongres Kebangsaan India (INC) dan Liga Muslim
  • Awal abad ke-20:
    • Gerakan bersifat keras
    • Diketuai nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal
    • Secara militan
  • Selepas Perang Dunia Pertama:
    • INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British
    • Diterajui Mahatma Gandhi yang memupuk pegangan satyagraha
  • Selepas Perang Dunia Kedua:
    • INC dan Liga Muslim merancang pembahagian India kepada negara India dan Pakistan
    • Pakistan diumumkan merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral
    • India diumumkan merdeka dengan Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri



Nasionalisme di China

  • Bertujuan mengukuhkan peradaban China daripada penguasaan oleh kuasa asing
  • Bercorak anti-Barat
  • Bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu
    • Kerajaan Manchuria dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat
    • Gagal menghalang kemasukan pengaruh dan campur tangan Barat
  • Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)
    • Asas gerakan Revolusi China pada 1911 yang berjaya menumbangkan Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China


Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

i) Gerakan Islah

  • Gerakan pemulihan Islam
  • Dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
  • Disebabkan oleh imperialisme Barat mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan
  • Tujuan:
    • Memupuk ajaran Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis
    • Memperbaik kehidupan masyarakat supaya bebas daripada penjajahan

ii) Gerakan Pan-Islamisme

  • Kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat):
    • Ditubuhkan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
    • Untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan
    • Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme
  • Empayar Uthmaniyah:
    • Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme
    • Mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia
      • Contoh: Kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan



Nasionalisme di Jepun

  • Disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat
  • Maharaja Mikado Meiji melancarkan pemulihan Jepun
    • Menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya dihormati kuasa Barat
  • Semangat bushido menjadi asas nasionalisme Jepun
  • Pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat
  • Nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa inperialisme di Asia


2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme di Filipina

  • Peringkat awal:
    • Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal
    • Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada Sepanyol
    • Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina untuk mendesak kerajaan Sepanyol
  • Selepas kegagalan Gerakan Propaganda:
    • Lebih radikal
    • Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan Filipina
    • Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina
    • Bonifacio melancarkan Revolusi Filipina bersama Emilio Aguinaldo
  • Selepas kegagalan Revolusi Filipina:
    • Anguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina dengan bekerjasama dengan Amerika Syarikat
    • Namun Perisyitiharan Kemerdekaan Filipina oleh Anguinaldo tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat
    • Amerika Syarikat sebaliknya meletakkan Filipina di bawah penjajahan
    • Golongan nasionalis bertukar menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana
    • Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis berjaya dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina
    • Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan sehingga Perang Dunia Kedua



Nasionalisme di Burma (Myanmar)

  • Menentang imperialisme dan pengaruh British mengancam agama Buddha
  • Persatuan Belia Buddha
    • Ditubuhkan ntuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma
    • Isu kasut digunakan
    • Diambil alih oleh U Ba Pe dan ditukar nama kepada Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma
    • Isu bangsa Burma mula diperjuangkan
  • Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti
  • Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi
    • Mencetuskan Pemberontakan Saya San (diketuai oleh Saya San)
    • Disokong golongan petani yang terbeban dengan cukai
  • Selepas pengenalan Perlembagaan Burma 1935:
    • Perlembagaan tersebut memisahkan Burma dengan India
    • Mulanya perjuangan berkerajaan sendiri
    • Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma
      • – Pemimpin menggelar diri sebagai “Thaikin” yang bermaksud tuan
      • – Menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma
      • – Pemimpin: Aung San, Kyaw Nein dan U Nu
    • Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya dan dilantik sebagai Perdana Menteri pertama



Nasionalisme di Vietnam

  • Gerakan nasionalisme oleh golongan Mandarin:
    • Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja
  • Kemunculan golongan intelektual:
    • Kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis ditingkatkan
    • Akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee diterbitkan
      • – Mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam
  • Selepas Perang Dunia Kedua:
    • Bercorak revolusi dan mempunyai dua aliran iaitu nasionalisme dan komunisme
    • Parti nasionalisme: Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) pimpinan Nguyen Thai Hoc
    • Parti komunisme: Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
    • VNQDD melancarkan pemberontakan untuk mengusir Perancis
      • – Perancis menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc
    • Gerakan revolusi diteruskan oleh Ho Chi Minh
    • Ho Chi Minh berjaya mengisyitiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Vietnam Utara
    • Vietnam Selatan berada di bawah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat
    • Gerakan nasionalisme diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk



Nasionalisme di Indonesia

  • Awal:
    • Berkisarkan isu pendidikan untuk megubah nasib rakyat
    • Raden Adjeng Kartini
      • – Memperjuangkan pendidikan kaum wanita
      • – Karyanya Hilang Gelap Terbitlah Terang mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang memundurkan bangsa Indonesia
  • Kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun:
    • Muhammadiyah
      • – Mempertahankan Islam daripada ancaman sekularisme Barat
    • Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis Indonesia (PNI)
      • – Memperjuangkan kemerdekaan
      • – PNI menjadi berpengaruh di bawah pimpinan Soekarno
    • Kongres Pemuda Indonesia
      • – Melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda
    • Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)
      • – Dibentuk Soekarno
      • – Merupakan gabungan organisasi Indonesia yang memperjuangkan kemerdekaan



Nasionalisme di Thailand

  • Thailand tidak dijajah oleh negara Barat
  • Nasionalisme bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat
  • Langkah pemodenan oleh Raja Mongkut:
    • Membina hubungan baik dengan kuasa Barat
    • Melaksanakan birokrasi Barat
    • Penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan
    • Pemodenan diteruskan oleh Raja Chulalongkorn
  • Rakyat mementang Raja Vajiravudh:
    • Disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh dan penguasaan politik oleh kerabat raja
    • Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai
    • Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan
    • Raja diletakkan pada kedudukan tertinggi tetapi tidak mencampuri pentadbiran kerajaan
  • Rakyat menentang penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina :
    • Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-undang
      • – Menyekat penguasaan ekonomi orang Cina
      • – Menggalakkan penglibatan peribumi dalam kegiatan ekonomi
  • Dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah Jepun


Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 2)