BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 2)

Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme - Maktab Melayu Kuala Kangsar

2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

Zaman Kesultanan Melayu Melaka

  • Sultan Mahmud Shah berusaha mendapatkan Melaka kembali daripada Portugis
  • Melakukan tiga kali serangan tetapi menemui kegagalan


Perjuangan Sultan Kedah

  • Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
  • Baginda berusaha mendapatkan Pulau Pinang kembali


Perjuangan setempat

  • Tokoh: Penghulu Dol Said, Dato’ Bahaman, Rentap, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong
  • Menuntut kebebasan daripada ancaman luar
  • Mendapat reaksi yang keras daripada penjajah
  • Masyarakat terpaksa bergerak secara sederhana


Perjuangan tokoh agama

  • Dibawa oleh gerakan Islah
  • Dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-Hadi
  • Diteruskan melalui penulisan kreatif dan akhbar
    • Tokoh: Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah Yaakub


Perjuangan melalui pertubuhan sosioekonomi

  • Dipelopori oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu
  • Tokoh: Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestanam dan Burhanuddin al-Helmi
  • Perjuangan mengkritik dan menyedarkan masyarakat diteruskan walaupun menghadapi pelbagai kekangan



2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

Peranan Agama

  • Gerakan Islah

  • Pemimpin Gerakan Islah

    Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida



Peranan Kreatif

  • Hasil kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi
  • Mengungkap keperitan hidup dijajah

  • Contoh

    novel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid, cerpen Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai dan Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)



Media Cetak

  • Akhbar dan majalah

  • Contoh

    akhbar Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Al-Imam, Neracha, Pengasuh dan Fajar Sarawak



Sistem Pendidikan

  • Penubuhan madrasah
    • Pendidikan moden Islam
    • Menerima idea nasionalisme dari Sumatera Barat dan pelajar pulangan dari Mesir
  • Pelajar didedahkan idea falsafah Islam dan Barat

  • Contoh Madrasah

    Madrasah al-Attas di Johor Bahru, Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang dan Madrasah al-Idrisiyah di Kuala Kangsar


  • Contoh Institusi Pendidikan

    Raffles Institution di Singapura, Maktab Melayu Kuala Kangsar atau Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Maktab Perguruan Sultan Idris atau Sultan Idris Training College (SITC)



Kemunculan Golongan Intelektual

  • Hasil perkembangan sistem pendidikan
  • Lepasan pendidikan Timur Tengah, Inggeris dan Melayu

  • Contoh golongan intelektual

    Lepasan Timur Tengah: Syed Sheikh al-Hadi
    Lepasan pendidikan Inggeris dan Melayu: Abdul Kadir Adabi, Dato’ Undang Rembau Abdullah Haji Dahan, Mohammad Eunos Abdullah, Ustaz Abu Bakar Mohd Said dan Ibrahim Haji Yaakob



Pengaruh Luar dan Serantau

  • Kebangkitan Pan-Islamisme menyedarkan umat Islam
  • Gerakan Islah menggesa umat Islam melakukan pembaharuan
  • Kejayaan Jepun menewaskan Rusia membuka mata penduduk tempatan
  • Revolusi China menimbulkan kesedaran nasionalisme
  • Perjuangan Mahatma Gandhi di India tanpa kekerasan


2.7 Perkembangan Nasionalisme

Perkembangan Golongan Intelektual

Intelektual Berpendidikan Agama

  • Digerakkan oleh Kaum Muda
  • Melalui gerakan Islah
  • Agama Islam sebagai asas kemajuan untuk dunia dan akhirat
  • Penubuhan madrasah
  • Idea disebar melalui akhbar

  • Tokoh Kaum Muda

    Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Mohd Taha


Intelektual Berpendidikan Inggeris

  • Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
  • Asalnya untuk melatih anak bangsawan bagi diserap dalam kerajaan British
  • Ada lepasan yang bertugas sebagai pegawai kerajaan
  • Mereka menuntut British dengan cara berbaik-baik supaya:
    • Memperbaik taraf hidup orang Melayu
    • Membuka lebih banyak peluang perkerjaan kepada orang Melayu dalam jabatan kerajaan

Intelektual Berpendidikan Melayu

  • Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) melahirkan semangat kesedaran bangsa melalui:
    • Peranan guru
    • Kewujudan Pejabat Karang Mengarang
    • Kemasukan bahan bacaan dari Timur dan Indonesia
    • Kurikulum yang menitikberatkan mata pelajaran Sejarah dan keagungan empayar Melayu di Alam Melayu
    • Mata pelajaran Anyaman, Kesihatan dan Sukan
    • Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Boineo
      • – Membawa kepada kelahiran persatuan radikal Kesatuan Melayu Muda


Perjuangan Melalui Penulisan

Akhbar dan Majalah

  • Mengetengahkan isu-isu
  • Seperti isu hak dan masa depan bangsa serta polemik Kaum Muda dengan Kaum Tua
  • Syarikat Jelutong Press menyuburkan kegiatan penerbitan akhbar

  • Akhbar Melayu

    Utusan Melayu dan Lembaga Melayu yang deterajui Mohammad Eunos Abdullah
    – Fajar Sarawak dengan seruan “fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku”
    – Lain: Warta Malaya, Warta Jenaka, Majlis dan Majalah Guru

Akhbar Masyarakat Cina dan India

  • Akhbar Cina merangsang pemikiran masyarakat HuaChiao (kaum Cina seberang laut)
  • Untuk mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita
  • Menyemai perasaan cinta akan negara China

  • Contoh akhbar Cina

    – Menjelang abad ke-20, akhbar Nanyang Tsung Hui Pao dan Chong Shin Yit Pao yang memuatkan soal pemerintahan monarki dan pergolakan politik di China
    – 1930an, akhbar Nanyang Siang Pao yang memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi bagi kelas bawahan
    – Lain: Lat Pau dan Modern Daily News


  • Akhbar India memperjuangkan kepentingan politik dan sosial masyarakat India di negara ini

  • Contoh akhbar India

    – Akhbar The Indian dan Tamil Murasu yang memuatkan pemikiran dan kepentingan perpaduan bagi masyarakat kelas menengah India
    – Akhbar Tamil Nesan yang melaporkan perkembangan di negara India dan kepentingan sosiopolitik masyarakatnya

Karya Kreatif

  • Novel, puisi dan cerpen
  • Bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air

  • Contoh karya kreatif

    – novel Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek yang mengajak masyarakat memerdekakan diri dari aspek ekonomi
    – puisi “Anfgan-angan dengan Gurindam” oleh Mahmud Ahmadi, “Semenanjung” oleh Harun Aminurrashid dan “Serunai Pujangga” oleh Abdul Samad Ahmad
    – cerpen “Rumah Besar Tiang Sebatang” oleh Ishak Haji Muhammad, “Cerita Awang Putat” oleh Abdul Rahim Kajai dan “Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang” oleh Shamsuddin Salleh



Perjuangan Melalui Persatuan

Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

  • Ditubuhkan oleh Mohammad Eunos Abdullah
  • Menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran
  • Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan
  • Mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi
  • Kejayaan KMS mendoring penubuhan persatuan lain
  • Mereka berkerjasama dengan British dan meminta peluang diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran

Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)

  • Menggalakkan ahli untuk bersatu dan bertukar pendapat
  • Berusaha menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau persidangan
  • Mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu
  • Menghimpunkan wakil persatuan Melayu untuk mengutarakan isu kebangsaan
  • Kebanyakan ahli di Sabah terdiri daripada guru sekolah Melayu, pengawai rendah kerajaan dan peniaga

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

  • Ditubuhkan oleh Ibrahim Haji Yaakob
  • Berjuang melalui akhbar Majlis
  • Menentang British dengan gagasan Melayu Raya
  • Dianggap radikal oleh British

Persatuan Masyarakat Cina dan India

  • Awalnya masyarakat Cina masih menumpukan perhatian kepada keadaan di China
  • Pemimpin revolusi China, Dr. Sun Yat Sen melawat pemimpin Cina di negara kita
  • Untuk mendapatkan sokongan menentang kerajaan Manchuria
  • Terdapat juga masyarakat Cina yang memberi perhatian kepada kebajikan dan perkembangan politik tempatan seperti Cina Peranakan
  • Tan Jiak Kim yang berpendidikan Inggeris menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA)
  • SCBA menggalakan pelajaran tinggi dan teknikal dalam masyarakat Cina
  • Tan Cheng Lock berusaha SCBA di Melaka dan menuntut peluang dalam perkhidmatan kerajaan

  • Persatuan India ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu
  • Persidangan India Se-Melayu diadakan untuk membincangkan isu masyarakat India
  • G.V. Thaver menubuhkan Malayan Indian Association (MIA)
  • Dr. A.M. Soosay menubuhkan Central India Association of Malaya (CIAM)
  • CIAM berjaya mengembangkan idea nasionalisme masyarakat India di Tanah Melayu

  • Masyarakat Sikh terlibat sebagai pasukan keselamatan
  • Mereka menjalankan aktiviti sosial dan keagamaan di kuarters kerajaan dan gurdwara
  • Persatuan Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan

  • Masyarakat India Muslim ramai melibatkan diri dalam perniagaan dan pentadbiran



2.8 Kesan Perkembangsan Nasionalisme

Politik

  • Bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS) bertambah
  • Dasar desentralisasi oleh British cuba mengembalikan kuasa sultan, residen dan Majlis Mesyuarat Negeri
  • Orang Melayu mula mementingkan bersuara melalui persatuan
  • Masyarakat Cina menubuhkan kelab bacaan dan pasukan drama untuk membaca berita dari China
  • Sekolah Cina di Tanah Melayu menggunakan bahasa Mandarin bagi menggantikan dialek
  • Masyarakat India di Tanah Melayu membentuk identiti tersendiri dan semakin mementingkan perkembangan politik tempatan
  • Nasionalisme juga menyebabkan British berhati-hati dan membuat sekatan


Ekonomi

  • Membangkitkan semangat berniaga masyarakat Melayu
  • Persatuan kebajikan al-Jamiah al-Khairiah ditubuhkan di Singapura
  • Za’ba menyedarkan guru akan pentingnya pendidikan tinggi dan Inggeris
  • Akhbar berbahasa Inggeris The Malay Mail dan The Malaya Tribune mengasaskan dana untuk membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran di luar negara


Sosial

  • Orang Melayu menulis majalah sendiri untuk mendapat peluang pendidikan
  • Penggerak majalah Bulan Melayu, Ibu Zain mengingatkan tentang kepentingan kepentingan ilmu untuk mengangkat martabat wanita

  • Masyarakat India menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan mereka
  • Presiden persatuan Malayan Rubber Estata Owner, E.E.C Thuraisingham membantu perusahaan getah semasa kemelesetan ekonomi

  • Masyarakat Cina mula meminta kerajaan British menimbangkan penglibatan mereka dalam jawatankuasa kerajaan
  • Tan Cheng Lock menuntut British menjaga kebajikan dan menyediakan dana belajar untuk masyarakat Cina


Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 2)