BAB 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA (Part 1)

Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Perang Dunia

3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia

  • Sejak awal abad ke-20, British berusaha membendung pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah
  • British memperkenalkan Enakmen Undang-undang Islam 1904 dengan persetujuan Raja-raja Melayu
  • Sesiapa yang mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik Islam tanpa keizinan boleh dihukum penjara
  • British juga memperkenalkan dua badan penyiasat:
    • Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence Department)
    • Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau)
  • British berwaspada terhadap sokongan orang Melayu kepada empayar Uthmaniyah
  • Empayar Uthmaniyah dianggap pelindung umat Islam dan penaung tanah suci Mekah dan Madinah
  • Kegagalan penentangan bersenjata Tok Janggut menyebabkan masyarakat mengubah strategi
  • Akhbar dan majalah digunakan untuk meniupkan kesedaran kebangsaan
  • Namun, kesedaran politik tidak boleh dilakukan secara terang-terangan di bawah undang-undang British


3.2 Latar Belakang Perang Dunia

Perang Dunia Pertama

Faktor-faktor berikut mencetuskan Perang Dunia Pertama

Persaingan Kuasa Imperialis

  • Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan persaingan kuasa imperialis di Eropah
  • Untuk mendapatkan tanah jajahan demi bahan mentah seperti arang batu, petroleum dan bijih timah

Pakatan Ketenteraan

  • Kuasa Eropah dibahagikan kepada pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
  • Negara dalam pakatan bersaing menghasilkan senjata moden dan sedia berperang

Krisis Rantau Balkan

  • Austra-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb
  • Kemuncak ialah pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pemuda Serbia


Berakhir Perang Dunia Pertama

Persidangan Damai Paris

  • Membincangkan syarat perdamaian selepas perang
  • Meamastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman keamanan Eropah
  • Melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson dengan prinsip:
    • Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
    • Sempadan negara berasaskan bangsa
  • Cadangan Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian

Perjanjian Versailles

  • Ditandangtangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman
  • Jerman dikehendaki:
    • Bertanggungjawab terhadap kemusnahan
    • Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga
    • Mengehadkan saiz angkatan tentera
    • Menyerahkan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga
  • Liga Bangsa-Bangsa ditubuhkan untuk menggalakan keamanan dan kerjasama antarabangsa


Kesan Perang Dunia Pertama

Keruntuhan Pemerintahan Beraja

  • Jerman: Kaiser Wilhem II turun takhta dan kerajaan Republik Jerman didirikan
  • Austria-Hungary: Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul pemberontakan
  • Russia: Pemerintahan Tsar Nicholas II ditumbangkan dan kerajaan komunis terbentuk di bawah pimpinan Vladimir Lenin
  • Empayar Uthmaniyah: Khalifah Sultan Mehmed VI digulingkan dan kerajaan bercorak republik diketuai oleh Mustafa Kemal Ataturk terbentuk

Kemunculan Negara Baharu

  • Negara tertentu berpecah kepada beberapa negara
    • Austria-Hungary -> Austria, Hungary, Czechoslovakia dan Yugoslavia
    • Russia -> Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania
    • Empayar Uthmaniyah -> Lebanon, Syria dan Iraq

Kesan terhadap Negara Kita

  • Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang yang memberi taat setia kepada kerajaan British
  • British membentuk Pesuruhjaya Tinggi British untuk meletakkan negeri Melayu di bawah undang-undang tentera sekirannya memerlukan
  • Wang hasil bijih timah dan getah digunakan oleh British untuk membiayai operasi dalam Perang Dunia Pertama


3.3 Perang Dunia Kedua

Faktor Tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah

Kemunculan Ideologi Baharu

Fasisme

  • Di Itali
  • Dipimpin oleh Benito Mussolini
  • Parti Fasis menguasai kerajaan Itali pada 1922
  • Fasisme memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu
  • Percaya bahawa berperang meningkatan imej negara

Nazisme

  • Di Jerman
  • Dipimpin oleh Adolf Hitler
  • Parti Nazi menguasai kerajaan Jerman pada 1933
  • Mengagungkan bangsa Jerman
  • Mengetepikan Perjanjian Versailles
  • Membina angkatan tentera semula

Ketidakpuasan Hati terhadap Perjanjian Versailles

  • Jerman menganggap Perjanjian Versailles tidak adil
  • Kehilangan tanah jajahan, pampasan perang tinggi menyebabkan kemelesetan ekonomi Jerman
  • Itali tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan baharu seperti yang diperoleh Perancis

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

  • Liga Bangsa-Bangsa gagal menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan
  • Krisis Liga Bangsa-Bangsa
    • Krisis Manchuria: Jepun menakluki Manchuria
    • Perjanjian Pelucutan Senjata: Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa dan memperbesar angkatan tenteranya
    • Krisis Habsyah: Itali menyerang Habsyah


Perang Dunia Kedua di Eropah

Kuasa PaksiKuasa Bersekutu
Jerman
Itali
Jepun
Britain
Amerika Syarikat
Perancis

Pernaklukan Jerman terhadap Eropah Barat

  • Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland pada 1939
  • Jerman memulakan serangan Blitzkrieg (serangan kilat) terhadap negara di Eropah Barat
  • Jerman menguasai hampir semua negara di Eropah Barat

Pengeboman Britain

  • Jerman melancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain
  • Pelabuhan, kawasan perindustian dan pertahanan Britain dimusnahkan

Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah

  • Itali bersekutu dengan Jerman
  • Itali menyerang Perancis dari selatan manakala Jerman menyerang Perancis dari utara

Serangan Jerman ke atas Russia

  • Jerman melancarkan Operasi Barbarossa (serangan besar-besaran) terhadap Rusia
  • Disebabkan Hitler ingin menguasai seluruh Eropah


Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah (Kemenangan Kuasa Bersekutu)

Kerjasama Kuasa Besar

  • Amerika Syarikat, Britain dan Rusia berkerjasama
  • Tentera Bersekutu beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang deketuai Amerika Syarikat

Keberkesanan Strategi Serangan

  • Kegagalan Operasi Menawan Rusia
    • Tentera Jerman kehabisan peluru dan makanan disebabkan tempoh perang yang panjang
    • Jeneral Jerman mengingkari perintah Hitler untuk terus berperang dan menyerah kalah
  • Kejayaan Operasi Pendaratan Tentera Bersekutu
    • Dalam operasi “D-Day”, tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy, Perancis
    • Kejayaan operasi “D-Day” membolehkan tentera Bersekutu memasuki Jerman dari arah barat
    • Jerman menandatangani perjanjian menyerah kalah


3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

Peluasan Kuasa Jepun

Dasar Peluasan Kuasa Jepun

  • Keperluan perindustrian
    • Untuk mendapatkan bahan mentah
    • Mengurangkan pergantungan kepada Barat
  • Pengaruh golongan tentera
    • Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
    • Jepun semakin agresif apabila tentera menguasai politik
    • Berpendapat masalah ekonomi dapat diselesaikan dengan menakluki kawasan yang kaya dengan bahan mentah
  • Orde baharu Asia
    • Mewujudkan order baharu di Asia
    • Asia sebagai satu blok ekonomi

Sekatan Ekonomi Terhadap Jepun

  • Peluasan kuasa Jepun mendapat reaksi kuasa Bersekutu
  • Kuasa Bersekutu mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun
  • Menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah

Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan

  • Merupakan jalan keluar daripada sekatan ekonomi
  • Disebabkan kawasan wilayah selatan kaya dengan bahan mentah
    • Seperti bijih timah, getah, bauksit dan petroleum


Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

  • Bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour (Hawaii)
  • Seterusnya menyerang wilayah jajahan kuasa Bersekutu
  • Jepun membentuk empayar yang luas dengan strategi yang berkesan


Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 3)