3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita
- Jepun menggunakan propaganda “Semangat Asia” dan “Asia untuk Orang Asia”
- Bertujuan menanamkan semangat antipenjajah Barat
- Menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia
- Tentera Jepun menggunakan strategi serangan kilat
Eksploitasi Sumber Bahan Mentah
- Untuk keperluan perindustrian ekoran Pembaharuan Meiji
Contoh Bahan Mentah
bijih timah, getah, arang batu, bauksit dan sumber minyak
Kepentingan Strategik Ketenteraan
- Penguasaan Singapura: Membuka laluan ke telaga minyak di Sumatera
- Penguasaan Pulau Borneo: Membantu penaklukan Jepun di Pulau Jawa
Serangan Jepun terhadap Negara Kita
- Bermula dengan pendaratan serentak tentera Jepun
- Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun apabila Singapura berjaya ditawan
3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
Dasar Pentadbiran
Pentadbiran Tentera Jepun
- Memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu
- Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan pentadbirannya pada awal dan diasingkan kemudian
- Singapura: dikenali Syanan-to (Pulau Cahaya Selatan)
- Tanah Melayu: dikenali Malai Baru (Melayu Baru)
- Sarawak, Sabah dan Brunei: digabungkan dan dikenali sebagai Kita Boruneo
- Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di bawah pentadbiran Thailand
Dasar terhadap Raja-raja Melayu
- Raja-raja Melayu:
- Diiktiraf kedudukan sebagai ketua agama dan adat Melayu
- Diberi bayaran pencen
- Diawasi oleh Gabenor Jepun
Dasar terhadap Kepimpinan Tempatan
- Menaikkan pangkat pemimpin tempatan yang berpengalaman
- Untuk mengatasi kekurangan pegawai dan mendapatkan sokongan penduduk
- Koa Kunrenjo ditubuh untuk menanamkan semangat perjuangan politik Jepun
Dasar Ekonomi
- Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan
- Untuk membangunkan industri tempatan
- Memastikan penggunaan optimum peralatan
- Mata wang Jepun menggantikan wang British
Dasar Sosial
Pendidikan
- Menutup sekolah Inggeris dan Cina
- Bangunan digunakan untuk tentera Jepun
- Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan
- Untuk membentuk persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu)
- Mencapai teknologi industri
- Menerapkan nilai Jepun
- Melalui pendidikan, tentera Jepun berusaha:
- Memupuk nasionalisme Asia
- Menghapuskan pengaruh Barat
- Menanam kesetiaan kepada Jepun
Sikap Jepun terhadap Agama
- Tentera Jepun tidak campur tangan dalam agama dan adat Melayu
- Kelas pengajian al-Quran dan sekolah agama diteruskan
- Bagi membendung penentangan terhadap pendudukan Jepun
Catuan dan Penghasilan Makanan
- Catuan makanan dikuatkuasakan
- Untuk mengawal penjualan barangan asas seperti beras dan gula
- Akibat kekurangan makanan
- Kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan” untuk menggalakkan penanaman makanan sendiri
Layanan terhadap Penduduk
- Layanan baik kepada orang Melayu dan peribumi yang bekerjasama
- Untuk mendapat sokongan dan melicinkan pemerintahan
- Membantu orang India menubuhkan Tentera Kebangsaan India
- Untuk mendapatkan kerjasama dalam rancangan menguasai negara India
- Layanan kejam terhadap orang Cina lanjutan permusuhan Perang China-Jepun
- Dipaksa membayar sejumlah wang
- Landasan Kereta Api Maut merupaan bukti kekejaman pentadbiran tentera Jepun
- Terdapat orang Melayu, Cina dan India dipaksa menjadi buruh membina landasan kereta api
- Ramai terkorban akibat kerja berat, kekurangan makanan dan suasana buruk
3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun
Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Air
- Rejimen Askar Melayu bersama tentera British menentang tentera Jepun di Kelantan dan Singapura
Force 136
- Ditubuhkan oleh British
- Mendapat latihan di India dan Sri Lanka
- Dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapat sokongan orang Melayu dan menubuhkan pasukan gerila
- Bekerjasama dengan gerila Melayu:
- Mengumpulkan maklumat, melakukan sabotaj dan menyebarkan propaganda
- Membuat persiapan untuk British melancarkan Operasi Zipper
Anggota Awal
Mejar Tengku Mahmood Mahyiddeen, Leftenan Tunku Yusuf Tunku Yaakub dan Kapten Ibrahim Ismail
Penentangan MPAJA
- Sebahagian orang Cina mencari perlindingan di bawah Parti Komunis Malaya (PKM)
- Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan oleh PKM:
- Diberikan latihan oleh British
- Untuk menjadi pasukan gerila terhadap Jepun
Kerjasama MPAJA dan Force 136
- MPAJA pernah membuat perjanjian kerjasama dengan Force 136 yang mewakili tentera British
- MPAJA memperoleh bantuan seperti senjata, ubat-ubatan dan kewangan
Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA
- Gerila Cina dari Parti Kuomintang (PKT) bersetuju bekerjasama dengan MPAJA
Penentangan Individu
Gurchan Singh
- Menngunakan nama samaran “Lion of Malaya”
- Menyebarkan risalah anti-Jepun secara teratur
- Berjaya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai wartawan dan:
- Melakukan sabotaj landasan terhadap kerata api
- Berjaya menjejaskan pengangkutan tentera Jepun
Sybil Kathigasu
- Seorang jururawat
- Mengendalikan sebuah klinik di Ipoh dengan suaminya Dr. Abdon
- Memberi bantuan ubat-ubtan kepada gerila anti-Jepun
- Menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat dengan gerila anti-Jepun
- Kegiatan mereka terbongkar dan ditangkap oleh tentera Jepun
Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah
Operasi Semut
- Siri operasi peninjauan oleh Unit Khas Z Australia di Sarawak
- Melatih orang tempatan menjadi pasukan gerila anti-Jepun (dipanggul gerila Semut)
- Kepakaran anggota tempatan dalam selok-belok bumi Sarawak penting dalam merancang taktik perang gerila
Pemberontakan Jesselton
- Juga dikenali sebagai pemberontakan Double Tenth
- Diketuai oleh Albert Kwok di Sabah
- Kumpulan Albert Kwok menyerang dan membunuh tentera Jepun di Jesselton (kini Kota Kinabalu)
- Tentera Jepun melakukan serang balas dengan pantas dan kejam:
- Perkampungan diserang dan dibom
- Penduduk disoal siasat dan diseksa sehingga mati dalam pencarian anggota pemberontakan
- Albert Kwok dengan anggotanya menyerah diri
- Berharap dapat menamatkan serangan balas tentera Jepun
- Albert Kwok dan 175 orang lain dihukum bunuh
- 131 orang lagi dipenjarakan
- Terdapat juga gerila anti-Jepun yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun di Sabah
3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun
Perkembangan Semangat Antipenjajah
- Jepun menggunakan slogan “Asia untuk Asia” dan “Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya”
- Kesatuan Melayu Muda (KKM) bekerjasama dengan Jepun agar memerdekaan Tanah Melayu
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam Kalangan Orang Melayu
- Jepun membenarkan kegiatan KMM untuk mendapat sokongan penduduk tempatan
- Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan oleh nasionalis Melayu untuk mencapai kemerdekaan bersama Indonesia
- KRIS disokong oleh Jepun
- Perjuangan KRIS gagal kerena Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua
Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah
- Orang Melayu dan Iban mendapat jawatan pegawai akibat kekurangan pegawai Jepun
- Keyakinan penduduk tempatan untuk mentadbir sendiri meningkat
3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun
Kekalahan Tentera Jepun dan Pengakhiran Perang Dunia Kedua
- Amerika syarikat menjatuhkan bom atom terhadap Jepun
- Jepun menyerah kalah dan Perang Dunia Kedua berakhir
- Tentera British mendarat semula ke Tanah Melayu
Penguakuasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu
Latar Belakang
- Sebelum British mendarat, Bintang Tiga PKM mengambil alih kuasa di Tanah Melayu selama 14 hari
- Mereka menguasai bangunan pentadbiran dan memperkenalkan undang-undang sendiri
Tindak Balas Orang Melayu
- Bintang Tiga zalim terhadap Orang Melayu dan agama Islam
- Orang Melayu menjalankan Gerakan Fi-Sabilillah untuk mempertahankan diri sendiri
- Kiai Salleh memimpin penentangan terhadap Bintang Tiga di Johor
Kompromi dan Usaha Perundingan
- Usaha Dato’ Onn Jaafar:
- Dato’ Onn Jaafar menyusun perundingan antara Kiai Salleh dan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga
- Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan dan Bintang Tiga berhenti penguasaan terhadap Balai Polis Batu Pahat
- Kompromi tersebut merupakan usaha untuk mengembalikan keamanan di Johor
- Peranan Raja-raja Melayu:
- Sultan Pahang dan Sultan Perak mengingatkan untuk berhenti pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina di daerah-daerah mereka
- Raja Melayu juga berbincang dengan penghulu untuk menjalankan pemulihan selepas perang
Sarawak Selepas Jepun Menyerah Kalah
- Ketegangan antara kaum berlaku di Sarawak sebelum tentera Australia mendarat
- Berlaku permusuhan antara bekas gerila peribumi dengan orang Cina yang menyokong Jepun di Kanowit
- Tentera Australia mengeluarkan perintah berkurung di Kuching dan berjaya mengelakkan pertumpahan darah antara kaum