BAB 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA (Part 2)

Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita

  • Jepun menggunakan propaganda “Semangat Asia” dan “Asia untuk Orang Asia”
  • Bertujuan menanamkan semangat antipenjajah Barat
  • Menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia
  • Tentera Jepun menggunakan strategi serangan kilat

Eksploitasi Sumber Bahan Mentah

  • Untuk keperluan perindustrian ekoran Pembaharuan Meiji

  • Contoh Bahan Mentah

    bijih timah, getah, arang batu, bauksit dan sumber minyak



Kepentingan Strategik Ketenteraan

  • Penguasaan Singapura: Membuka laluan ke telaga minyak di Sumatera
  • Penguasaan Pulau Borneo: Membantu penaklukan Jepun di Pulau Jawa


Serangan Jepun terhadap Negara Kita

  • Bermula dengan pendaratan serentak tentera Jepun
  • Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun apabila Singapura berjaya ditawan


3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita

Dasar Pentadbiran

Pentadbiran Tentera Jepun

  • Memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu
  • Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan pentadbirannya pada awal dan diasingkan kemudian
  • Singapura: dikenali Syanan-to (Pulau Cahaya Selatan)
  • Tanah Melayu: dikenali Malai Baru (Melayu Baru)
  • Sarawak, Sabah dan Brunei: digabungkan dan dikenali sebagai Kita Boruneo
  • Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di bawah pentadbiran Thailand

Dasar terhadap Raja-raja Melayu

  • Raja-raja Melayu:
    • Diiktiraf kedudukan sebagai ketua agama dan adat Melayu
    • Diberi bayaran pencen
    • Diawasi oleh Gabenor Jepun

Dasar terhadap Kepimpinan Tempatan

  • Menaikkan pangkat pemimpin tempatan yang berpengalaman
  • Untuk mengatasi kekurangan pegawai dan mendapatkan sokongan penduduk
  • Koa Kunrenjo ditubuh untuk menanamkan semangat perjuangan politik Jepun


Dasar Ekonomi

  • Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan
    • Untuk membangunkan industri tempatan
    • Memastikan penggunaan optimum peralatan
  • Mata wang Jepun menggantikan wang British


Dasar Sosial

Pendidikan

  • Menutup sekolah Inggeris dan Cina
    • Bangunan digunakan untuk tentera Jepun
  • Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan
    • Untuk membentuk persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu)
    • Mencapai teknologi industri
    • Menerapkan nilai Jepun
  • Melalui pendidikan, tentera Jepun berusaha:
    • Memupuk nasionalisme Asia
    • Menghapuskan pengaruh Barat
    • Menanam kesetiaan kepada Jepun

Sikap Jepun terhadap Agama

  • Tentera Jepun tidak campur tangan dalam agama dan adat Melayu
  • Kelas pengajian al-Quran dan sekolah agama diteruskan
  • Bagi membendung penentangan terhadap pendudukan Jepun

Catuan dan Penghasilan Makanan

  • Catuan makanan dikuatkuasakan
    • Untuk mengawal penjualan barangan asas seperti beras dan gula
    • Akibat kekurangan makanan
  • Kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan” untuk menggalakkan penanaman makanan sendiri

Layanan terhadap Penduduk

  • Layanan baik kepada orang Melayu dan peribumi yang bekerjasama
    • Untuk mendapat sokongan dan melicinkan pemerintahan
  • Membantu orang India menubuhkan Tentera Kebangsaan India
    • Untuk mendapatkan kerjasama dalam rancangan menguasai negara India
  • Layanan kejam terhadap orang Cina lanjutan permusuhan Perang China-Jepun
    • Dipaksa membayar sejumlah wang
  • Landasan Kereta Api Maut merupaan bukti kekejaman pentadbiran tentera Jepun
    • Terdapat orang Melayu, Cina dan India dipaksa menjadi buruh membina landasan kereta api
    • Ramai terkorban akibat kerja berat, kekurangan makanan dan suasana buruk



3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun

Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Air

  • Rejimen Askar Melayu bersama tentera British menentang tentera Jepun di Kelantan dan Singapura


Force 136

  • Ditubuhkan oleh British
  • Mendapat latihan di India dan Sri Lanka
  • Dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapat sokongan orang Melayu dan menubuhkan pasukan gerila
  • Bekerjasama dengan gerila Melayu:
    • Mengumpulkan maklumat, melakukan sabotaj dan menyebarkan propaganda
    • Membuat persiapan untuk British melancarkan Operasi Zipper

    • Anggota Awal

      Mejar Tengku Mahmood Mahyiddeen, Leftenan Tunku Yusuf Tunku Yaakub dan Kapten Ibrahim Ismail



Penentangan MPAJA

  • Sebahagian orang Cina mencari perlindingan di bawah Parti Komunis Malaya (PKM)
  • Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan oleh PKM:
    • Diberikan latihan oleh British
    • Untuk menjadi pasukan gerila terhadap Jepun

Kerjasama MPAJA dan Force 136

  • MPAJA pernah membuat perjanjian kerjasama dengan Force 136 yang mewakili tentera British
  • MPAJA memperoleh bantuan seperti senjata, ubat-ubatan dan kewangan

Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA

  • Gerila Cina dari Parti Kuomintang (PKT) bersetuju bekerjasama dengan MPAJA


Penentangan Individu

Gurchan Singh

  • Menngunakan nama samaran “Lion of Malaya”
  • Menyebarkan risalah anti-Jepun secara teratur
  • Berjaya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai wartawan dan:
    • Melakukan sabotaj landasan terhadap kerata api
    • Berjaya menjejaskan pengangkutan tentera Jepun

Sybil Kathigasu

  • Seorang jururawat
  • Mengendalikan sebuah klinik di Ipoh dengan suaminya Dr. Abdon
  • Memberi bantuan ubat-ubtan kepada gerila anti-Jepun
  • Menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat dengan gerila anti-Jepun
  • Kegiatan mereka terbongkar dan ditangkap oleh tentera Jepun


Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah

Operasi Semut

  • Siri operasi peninjauan oleh Unit Khas Z Australia di Sarawak
  • Melatih orang tempatan menjadi pasukan gerila anti-Jepun (dipanggul gerila Semut)
  • Kepakaran anggota tempatan dalam selok-belok bumi Sarawak penting dalam merancang taktik perang gerila

Pemberontakan Jesselton

  • Juga dikenali sebagai pemberontakan Double Tenth
  • Diketuai oleh Albert Kwok di Sabah
  • Kumpulan Albert Kwok menyerang dan membunuh tentera Jepun di Jesselton (kini Kota Kinabalu)
  • Tentera Jepun melakukan serang balas dengan pantas dan kejam:
    • Perkampungan diserang dan dibom
    • Penduduk disoal siasat dan diseksa sehingga mati dalam pencarian anggota pemberontakan
  • Albert Kwok dengan anggotanya menyerah diri
    • Berharap dapat menamatkan serangan balas tentera Jepun
    • Albert Kwok dan 175 orang lain dihukum bunuh
    • 131 orang lagi dipenjarakan
  • Terdapat juga gerila anti-Jepun yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun di Sabah


3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun

Perkembangan Semangat Antipenjajah

  • Jepun menggunakan slogan “Asia untuk Asia” dan “Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya”
  • Kesatuan Melayu Muda (KKM) bekerjasama dengan Jepun agar memerdekaan Tanah Melayu


Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam Kalangan Orang Melayu

  • Jepun membenarkan kegiatan KMM untuk mendapat sokongan penduduk tempatan
  • Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan oleh nasionalis Melayu untuk mencapai kemerdekaan bersama Indonesia
  • KRIS disokong oleh Jepun
  • Perjuangan KRIS gagal kerena Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua


Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah

  • Orang Melayu dan Iban mendapat jawatan pegawai akibat kekurangan pegawai Jepun
  • Keyakinan penduduk tempatan untuk mentadbir sendiri meningkat




3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun

Kekalahan Tentera Jepun dan Pengakhiran Perang Dunia Kedua

  • Amerika syarikat menjatuhkan bom atom terhadap Jepun
  • Jepun menyerah kalah dan Perang Dunia Kedua berakhir
  • Tentera British mendarat semula ke Tanah Melayu


Penguakuasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu

Latar Belakang

  • Sebelum British mendarat, Bintang Tiga PKM mengambil alih kuasa di Tanah Melayu selama 14 hari
  • Mereka menguasai bangunan pentadbiran dan memperkenalkan undang-undang sendiri

Tindak Balas Orang Melayu

  • Bintang Tiga zalim terhadap Orang Melayu dan agama Islam
  • Orang Melayu menjalankan Gerakan Fi-Sabilillah untuk mempertahankan diri sendiri
  • Kiai Salleh memimpin penentangan terhadap Bintang Tiga di Johor

Kompromi dan Usaha Perundingan

  • Usaha Dato’ Onn Jaafar:
    • Dato’ Onn Jaafar menyusun perundingan antara Kiai Salleh dan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga
    • Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan dan Bintang Tiga berhenti penguasaan terhadap Balai Polis Batu Pahat
    • Kompromi tersebut merupakan usaha untuk mengembalikan keamanan di Johor
  • Peranan Raja-raja Melayu:
    • Sultan Pahang dan Sultan Perak mengingatkan untuk berhenti pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina di daerah-daerah mereka
    • Raja Melayu juga berbincang dengan penghulu untuk menjalankan pemulihan selepas perang

Sarawak Selepas Jepun Menyerah Kalah

  • Ketegangan antara kaum berlaku di Sarawak sebelum tentera Australia mendarat
  • Berlaku permusuhan antara bekas gerila peribumi dengan orang Cina yang menyokong Jepun di Kanowit
  • Tentera Australia mengeluarkan perintah berkurung di Kuching dan berjaya mengelakkan pertumpahan darah antara kaum


Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 3)