BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA (Part 1)

Bab 4 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita - British Military Administration

4.1 British Military Administration

Latar Belakang

  • British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu bermula selepas Jepun menyerah kalah
  • BMA diarahkan oleh Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara
  • Brigedier H.C Willan bertanggungjawab untuk merancang hal ehwal awam di Tanah Melayu
  • BMA berhasrat untuk mengembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat Tanah Melayu

Mengembalikan Kestabilan dan Keamanan

  • Usaha BMA termasuk membubarkan pasukan MPAJA
  • BMA meminta balik senjata yang diberikan kepada MPAJA tetapi gagal
  • BMA juga gagal membanteras masalah jenayah, kongsi gelap dan ketegangan kaum


Memulihkan Kepercayaan Rakyat

  • Rakyat menghadapi kesusahan hidup seperti kekurangan bekalan makanan, wabak penyakit dan jenayah semasa pemerintahan Jepun
  • Rakyat berharapan bahawa BMA dapat menyelamatkan mereka
  • BMA berusaha mengatasi masalah yang dihadapi rakyat untuk memulihkan kepercayaan rakyat


Kegagalan BMA

  • Inflasi menyebabkan harga barangan seperti beras dan garam meningkat selepas perang
  • British gagal memulihkan sosioekonomi Tanah Melayu disebabkan masalah membawa masuk teknologi ke sini



4.2 Gagasan Malaysian Union

Latar Belakang

  • Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu
  • Menggantikan BMA yang telah gagal

Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union

1. Pentadbiran Malayan Union

  • Kesatuan
    • Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri disatukan di bawah satu pentadbiran
    • Tidak termasuk Singapura
  • Raja-raja Melayu
    • Sultan hanya berperanan membincangkan agama dan adat
  • Ketua Pentadbir
    • Malayan Union diketuai oleh Gabenor British
    • Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan di Malayan Union dikawal oleh Pesuruhjaya Tinggi British

2. Kewarganegaraan

  • Prinsip jus soli digunakan
    • Semua yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai warganegara
    • Umur 18 ke atas: Diberikan kewarganegaraan setelah bermastautin selama 10 hingga 15 tahun
    • Umur 18 ke bawah: Diberikan kewarganegaraan bagi yang ibu bapanya merupakan warganegara


British Mendapatkan Tandatangan Sultan

H.C. Willan Merintis Jalan Menghadap Raja-raja Melayu

  • Willan ditugaskan untuk menghadap dan meninjau sokongan Raja-raja Melayu terhadap British
  • Willan berusaha untuk memastikan setiap raja Melayu yang ditemui akan menandatangani perjanjian

Misi Sir Harold MacMichael Mendapatkan Tandatangan Sultan

  • Selepas Willan menjalankan tinjauan, MacMichael datang ke Tanah Melayu untuk mendapat tandatangan Raja-raja Melayu
  • Pada mulanya, raja-raja Melayu menentang untuk menandatangani perjanjian
  • MacMichael akhirnya berjaya mendapat tandatangan Raja-raja Melayu dengan desakan dan paksaan


4.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union

Penentangan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union

Sebab Penentangan

1. Malayan Union merupakan penjajahan

2. Raja-raja Melayu kehilangan kuasa politik


Cara Bantahan

1. Membawa Kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England

  • Kerana MacMichael mendapatkan persetujuan dengan cara tidak sah

2. Menghantar Surat Bantahan ke London

  • Kandungannya termasuk diugut untuk menandatangan
  • Tidak diberikan peluang untuk berbincang dengan penasihat negeri

3. Menyokong Kongres Melayu

  • Raja-raja Melayu menyokong Kongres Melayu yang membantah Malayan Union
  • Sultan Selangor menderma $15 ribu kepada tuan rumah Kongres Melayu Pertama dan merasmikan kongres tersebut

4. Permaisuri Perak Memimpin Gerakan Menentang Malayan Union

  • Raja Perempuan Kelsom mengetuai perarakan bersama wanita Perak di perhimpunan besar menentang Malayan Union

5. Memulaukan Upacara Pelantikan Gabenor Malayan Union

  • Raja-raja Melayu bersama rakyat memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor
  • Cara ini dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar


Penentangan Rakyat terhadap Malayan Union

1. Bantahan Akhbar Melayu

  • Akhbar Melayu mengutuk Malayan Union yang merugikan orang Melayu
  • Menyeru orang Melayu membantah melalui perhimpunan besar-besaran
  • Melaporkan perkembangan menentang Malayan Union

2. Bantahan Cendekiawan

  • Bantahan daripada tokoh pentadbir Melayu dan tokoh wanita

3. Bantahan Persatuan Melayu

  • Persatuan Melayu menghimpunkan orang Melayu untuk membantah tindakan MacMichael melalui rapat umum

4. Bantahan di Negeri Kelantan, Kedah dan Johor

  • di Kelantan: 10,000 orang berhimpun di Kota Bahru semasa MacMichael datang mendapatkan tandatangan sultan
  • di Kedah: Orang Melayu berarak di Alor Setar
  • di Johor: Dato’ Onn Jaafar memimpin 20,000 orang Melayu berhimpun menentang Malayan Union

5. Mengadakan Kongres Melayu

  • Za’ba menghubungi pemimpin-pemimpin negeri lain untuk menganjurkan Kongres Melayu yang bertahap kebangsaan
  • Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organisation (UMNO)

6. UMNO Menganjurkan Bantahan Secara Besar-besaran

  • UMNO mengadakan bantahan besar-besaran di seluruh negara
  • Gammans dan Rees Williams memerhati penentangan orang Melayu
  • Mereka melapor kepada British bahawa sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union tidak menyedari akibatnya


4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British

Latar Belakang

  • Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British
  • Mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan

Faktor Penyerahan Sarawak kepada British

Masalah Pewarisan Takhta

  • Vyner Brooke tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantikannya sebagai raja
  • Sedangkan beliau semakin tua dan uzur

Desakan Kerajaan British

  • Pejabat Tanah Jajahan mendesak Vyner Brooke untuk menyerahkan Sarawak

Masalah Kewangan

  • Vyner Brooke menghadapi masalah kewangan untuk memulihkan Sarawak sekepas perang
  • Banyak kemudahan di Sarawak telah musnah


Proses Penyerahan Sarawak kepada British

1. Pejabat Tanah Jajahan mengutus surat kepada Vyner Brooke untuk menandatangani perjanjian penyerahan

2. Vyner Brooke mendapat persetujuan daripada ketua tempatan tanpa pengetahuan rakyat Sarawak

3. British mahu Vyner Brooke mendapatkan juga persetujuan Majlis Negeri dan rakyat Sarawak

4. British juga membuat tinjauan di Sarawak, hasil tinjauan:

  • Peribumi menentang penyerahan Sarawak
  • Orang Cina menyokong
  • Sesetengah penduduk tidak memahami maksud penyerahan Sarawak

5. Majlis Negeri meluluskan penyerahan Sarawak selepas membuat undian

6. Sarawak menjadi tanah jajahan British



Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 4)