4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak
Terdapat dua golongan dalam kalangan rakyat:
- Golongan menentang penyerahan Sarawak
- Golongan menyokong penyerahan Sarawak
Faktor Penentangan Penyerahan Sarawak
Tindakan Vyner Brooke Bertengtangan dengan Perlembagaan 1941
- Perlembagaan 1941 menyatakan bahawa rakyat Sarawak akan dibimbing untuk memerintah negeri sendiri
Vyner Brooke Mengetepikan Surat Wasiat Charles Brooke
- Golongan menentang ingin mengekalkan pemerintahan Dinasti Brooke untuk memudahkan kemerdekaan
- Vyner Brooke tidak berbincang dengan Anthony Brooke (Raja Muda Sarawak)
Gerard T. MacBryan Menggunakan Muslihat
- MacBryan menggunakan desakan dan sogokan untuk mendapatkan persetujuan ketua tempatan
Bentuk Penentangan Penduduk Tempatan
Mengadakan Persidangan
- Johari Anang menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan Sarawak
- Bertujuan untuk mengadakan demonstrasi menentang penyerahan Sarawak
Mengadakan Demonstrasi
- Demonstrasi dilakukan ketika kedatangan Gabenor pertama Sarawak dari British
- Mengangkat poster “Sarawak adalah hak kami” dan lain-lain
Meletakkan Jawatan Beramai-ramai
- British melarang pengawai awam menyertai gerakan menentang penyerahan
- Seramai 409 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan
- 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak menamatkan pengajian mereka
Bantahan Golongan Wanita
- Cikgu Lily Eberwein mengadakan kempen kesedaran di rumah panjang
- Beliau merupakan ketua kaum ibu
Menggunakan Akhbar
- Utusan Sarawak digunakan untuk menyebarkan antipenyerahan
- Pengarang menggunakan tajuk yang tajam seperti “Kerajaan British Menipu Rakyat”
Menulis Surat Bantahan
- Pergerakan Pemuda Melayu menghantar surat bantahan kepada kerajaan British
- Anthony menentang penyerahan dengan membuat rayuan ke mahkamah tetapi ditolak
Menubuhkan Kumpulan Rukun 13
- Rukun 13 ditubuhan secara sulit oleh Pergerakan Pemuda Melayu
- Rukun 13 ingin menghapuskan pegawai tinggi British di Sarawak
Peristiwa Sungkit Berdarah
- Rosli Dhoby menikam Duncan Stewart (Gabenor kedua)
- Duncan Stewart meninggal seminggu kemudian
- Peristiwa tersebut dikenali sebagai “Sungkit Berdarah”
- Rosli Dhoby dan pemimpin Rukun 13 dihukum gantung
Reaksi Penduduk yang Menyokong Penyerahan Sarawak
- – Terdapat juga penduduk yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British
- – Faktor penduduk menyokong penyerahan ialah:
Memajukan Negeri
- Sarawak mengalami banyak kemusnahan selepas perang
- British boleh memajukan perdagangan, pendidikan, kesihatan dan taraf hidup penduduk
Memajukan Penduduk Tempatan
- Golongan menyokong menubuhkan Young Malay Association (YMA)
- YMA membantu orang Melayu yang mundur dalam ekonomi, pelajaran dan agama
Memberikan Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam
- Golongan intelektual diberikan jawatan profesional dalam perkhidmatan awam
- Ini dapat membantu Sarawak berkerajaan sendiri
4.6 Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British
Latar Belakang
- Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyerahkan Sabah kepada kerajaan British
Faktor Penyerahan Sabah kepada British
Memenuhi Kepentingan British
- British bakal memberikan kemerdekaan kepada Sri Lanka, India dan Burma
- Sabah dapat menggantikan jajahan tersebut untuk membekalkan bahan mentah dan kawasan pasaran
Meneruskan Dasar British dalam Hubungan Luar
- Sabah merupakan negeri naungan British sebelum penyerahan
- British terus menguasai perhubungan luar dan pertahanan Sabah
Masalah Kewangan SBUB
- Jepun memusnahkan infrastruktur sebelum meninggalkan Sabah
- SBUB tidak mampu menanggung kos pemulihan
4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah
Penyerahan Sabah tidak mendapat penentangan disebabkan:
Dasar British
British Menindas Kegiatan Berpersatuan
- Pada awalnya, terdapat persatuan yang bergiat membangkitkan kesedaran politik
- British melemahkan kegiatan ini dengan menawarkan jawatan kepada ahli persatuan tersebut
- British juga memindahkan pemimpin persatuan ke bandar lain
- Jadi, kegiatan berpersatuan semakin lemah
Mengehadkan Peluang dalam Pentadbiran
- Menyebabkan penduduk tempatan kurang berpengalaman dalam pentadbiran
Kepentingan Sosioekonomi Penduduk Tempatan
- Dapat membangunkan Sabah selepas perang