BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA (PART 2)

Bab 4 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita - Peta Borneo

4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak

Terdapat dua golongan dalam kalangan rakyat:

  • Golongan menentang penyerahan Sarawak
  • Golongan menyokong penyerahan Sarawak

Faktor Penentangan Penyerahan Sarawak

Tindakan Vyner Brooke Bertengtangan dengan Perlembagaan 1941

  • Perlembagaan 1941 menyatakan bahawa rakyat Sarawak akan dibimbing untuk memerintah negeri sendiri

Vyner Brooke Mengetepikan Surat Wasiat Charles Brooke

  • Golongan menentang ingin mengekalkan pemerintahan Dinasti Brooke untuk memudahkan kemerdekaan
  • Vyner Brooke tidak berbincang dengan Anthony Brooke (Raja Muda Sarawak)

Gerard T. MacBryan Menggunakan Muslihat

  • MacBryan menggunakan desakan dan sogokan untuk mendapatkan persetujuan ketua tempatan


Bentuk Penentangan Penduduk Tempatan

Mengadakan Persidangan

  • Johari Anang menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan Sarawak
  • Bertujuan untuk mengadakan demonstrasi menentang penyerahan Sarawak

Mengadakan Demonstrasi

  • Demonstrasi dilakukan ketika kedatangan Gabenor pertama Sarawak dari British
  • Mengangkat poster “Sarawak adalah hak kami” dan lain-lain

Meletakkan Jawatan Beramai-ramai

  • British melarang pengawai awam menyertai gerakan menentang penyerahan
  • Seramai 409 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan
  • 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak menamatkan pengajian mereka

Bantahan Golongan Wanita

  • Cikgu Lily Eberwein mengadakan kempen kesedaran di rumah panjang
  • Beliau merupakan ketua kaum ibu

Menggunakan Akhbar

  • Utusan Sarawak digunakan untuk menyebarkan antipenyerahan
  • Pengarang menggunakan tajuk yang tajam seperti “Kerajaan British Menipu Rakyat”

Menulis Surat Bantahan

  • Pergerakan Pemuda Melayu menghantar surat bantahan kepada kerajaan British
  • Anthony menentang penyerahan dengan membuat rayuan ke mahkamah tetapi ditolak

Menubuhkan Kumpulan Rukun 13

  • Rukun 13 ditubuhan secara sulit oleh Pergerakan Pemuda Melayu
  • Rukun 13 ingin menghapuskan pegawai tinggi British di Sarawak


Peristiwa Sungkit Berdarah

  • Rosli Dhoby menikam Duncan Stewart (Gabenor kedua)
  • Duncan Stewart meninggal seminggu kemudian
  • Peristiwa tersebut dikenali sebagai “Sungkit Berdarah”
  • Rosli Dhoby dan pemimpin Rukun 13 dihukum gantung


Reaksi Penduduk yang Menyokong Penyerahan Sarawak

  • – Terdapat juga penduduk yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British
  • – Faktor penduduk menyokong penyerahan ialah:

Memajukan Negeri

  • Sarawak mengalami banyak kemusnahan selepas perang
  • British boleh memajukan perdagangan, pendidikan, kesihatan dan taraf hidup penduduk

Memajukan Penduduk Tempatan

  • Golongan menyokong menubuhkan Young Malay Association (YMA)
  • YMA membantu orang Melayu yang mundur dalam ekonomi, pelajaran dan agama

Memberikan Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam

  • Golongan intelektual diberikan jawatan profesional dalam perkhidmatan awam
  • Ini dapat membantu Sarawak berkerajaan sendiri


4.6 Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British

Latar Belakang

  • Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyerahkan Sabah kepada kerajaan British

Faktor Penyerahan Sabah kepada British

Memenuhi Kepentingan British

  • British bakal memberikan kemerdekaan kepada Sri Lanka, India dan Burma
  • Sabah dapat menggantikan jajahan tersebut untuk membekalkan bahan mentah dan kawasan pasaran

Meneruskan Dasar British dalam Hubungan Luar

  • Sabah merupakan negeri naungan British sebelum penyerahan
  • British terus menguasai perhubungan luar dan pertahanan Sabah

Masalah Kewangan SBUB

  • Jepun memusnahkan infrastruktur sebelum meninggalkan Sabah
  • SBUB tidak mampu menanggung kos pemulihan


4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah

Penyerahan Sabah tidak mendapat penentangan disebabkan:

Dasar British

British Menindas Kegiatan Berpersatuan

  • Pada awalnya, terdapat persatuan yang bergiat membangkitkan kesedaran politik
  • British melemahkan kegiatan ini dengan menawarkan jawatan kepada ahli persatuan tersebut
  • British juga memindahkan pemimpin persatuan ke bandar lain
  • Jadi, kegiatan berpersatuan semakin lemah

Mengehadkan Peluang dalam Pentadbiran

  • Menyebabkan penduduk tempatan kurang berpengalaman dalam pentadbiran


Kepentingan Sosioekonomi Penduduk Tempatan

  • Dapat membangunkan Sabah selepas perang



Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 4)