BAB 5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu 1948 - King's House Kuala Lumpur

5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

  • Ditubuhkan untuk menggantikan Malayan Union

Penubuhan Jawatankuasa Kerja

  • Untuk membincang asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
  • Ahli: Wakil Raja Melayu, wakil UMNO, pegawai kanan British


Cadangan Jawatankuasa Kerja

  • Meletakkan semua negeri Melayu di bawah satu pentadbiran
  • Memulihkan kedudukan Raja-raja Melayu
  • Menjaga keistimewaan orang Melayu dan kepentingan kaum lain
  • Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri di setiap negeri
  • Mengetatkan syarat kewarganegaraan


Gerakan Nasionalis Melayu Radikal

  • British berunding dengan UMNO secara tertutup
  • Menyebabkan ketidakpuasan golongan nasionalis Melayu radikal
  • Golongan ini membentuk PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat)


Gabungan PUTERA-AMCJA

  • Golongan bukan Melayu pula menubuhkan AMCJA (All Malaya Council of Joint Action)
  • Pengerusinya Tan Cheng Lock
  • Mereka membantah kerana:
    • Menganggap British tunduk kepada permintaan UMNO
    • Tiada wakil Melayu dalam Jawatankuasa Kerja
  • AMCJA kemudian bergabung dengan PUTERA
  • PUTERA-AMCJA menganggap Perlembagaan Persekutuan tidak demokratik dan mengukuhkan perkauman


Sumbangan Nasionalis Melayu Radikal

  • Memperjuangkan:
    • Hak semua kaum
    • Kebebasan bersuara, berhimpun dan menerbitkan akhbar
    • Pembelaan terhadap ketidakadilan
  • Menerbitkan akhbar Suara Rakyat untuk membuka minda rakyat


Cadangan PUTERA-AMCJA

  • Cadangan PUTERA meliputi:
    • Kedudukan Bahasa Melayu
    • Hal ehwal luar negeri
    • Syarat kewarganegaraan
    • Bendera dan lagu kebangsaan
  • Cadangan ACMJA meliputi:
    • Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura
    • Kerajaan pusat yang kuat
    • Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
    • Kemajuan orang Melayu
    • Adat istiadat dan agama Islam
    • Syarat kewarganegaraan
  • PUTERA-AMCJA juga bersama memperkenalkan draf Perlembagaan Rakyat yang mengandungi cadangan di atas


5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Penentangan Orang Melayu terhadap Melayan Union

  • Disebabkan Malayan Union membawa kesan negatif kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu
  • Gammans (Ahli Parlimen British) melaporkan kepada Dewan Parlimen British bahawa huru-hara akan berlaku jika Malayan Union dilaksanakan


Cadangan Raja-raja Melayu

  • Cadangan Raja-raja Melayu kepada Sir Edward Gent (Gabenor Malayan Union):
    • Persekutuan harus bertaraf naungan, bukan tanah jajahan
    • Malayan Union digantikan
    • Gabenor digantikan dengan Pesuruhjaya Tinggi
    • Raja berkuasa dalam perundangan
    • Perkataan “Negeri-negeri Melayu” perlu muncul


Sokongan Pentadbir British

  • Disokong kerana dapat mewujudkan keamanan, kestabilan dan kemajuan ekonomi
  • Sir Ralph Hone mencadangkan supaya melibatkan Raja-raja Melayu dalam pentadbiran
  • British juga sedang melaksanakan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh PBB


5.3 Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948

Pentadbiran

  • Persekutuan merupakan gabungan sembilan negeri Melayu dan dua Negeri-negeri Selat
  • Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
  • Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan
    • Untuk membantu Pesuruhjaya Tinggi British


Kuasa Raja-raja Melayu

  • Majlis Raja-Raja dibentuk untuk membolehkan Raja-raja Melayu memberi pandangan
  • Sultan berperanan mengesahkan rang undang-undang oleh Dewan Perundangan Negeri


Perundangan

  • Majlis Perundangan Persekutuan:
    • Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi
    • Bidang kuasa: Hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman, perdagangan, komunikasi dan percukaian

  • Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu


Kewarganegaraan

  • Syarat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang:
    • Jus soli hanya untuk rakyat Raja dan rakyat British
    • Jika lahir di luar negeri ayahnya, pemohon mesti ialah rakyat Raja dan rakyat British
    • Penduduk asal negeri Melayu yang lahir sebelum, semasa atau selepas tarikh Perjanjian Persekutuan
    • Rakyat Raja dan mereka yang telah serasi adat resam dan bertutur bahasa setempat, boleh memohon melalui mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan
  • Syarat kewarganegaraan secara pendaftaran:
    • Dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu dan bermastautin selama 15 tahun
    • Mempunyai tingkah laku yang baik, tiada rekod jenayah, menguasai bahasa Melayu dan Inggeris, dan bersetuju taat setia kepada Persekutuan


5.4 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Mengembalikan Kedudukan Raja-raja Melayu

  • Majlis Raja-Raja diwujudkan
  • Raja perlu dirujuk bagi perkara dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan


Menjaga Kedudukan Istimewa Orang Melayu

  • Perjanjian Persekutuan mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu
  • Selain menjaga kepentingan sah kaum lain


Membuka Ruang Kewarganegaraan

  • Kepada orang bukan Melayu


Mewujudkan Kerjasama Kaum

  • Melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (CLC)
  • Berjaya memupuk persefahaman peminpin pelbagai kaum
  • Cadangan CLC dimasukkan dalam usul perundangan


Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 5)