BAB 6 ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT

Bab 6 Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat - Sarawak Rangers

6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita

Kemasukan Pengaruh Komunis dari China

  • Ideologi komunis mula dibawa masuk oleh Parti Kuomintang (KMT) dari China
  • Cawangan KMT ditubuhkan di negeri Melayu untuk menyebarkan pengaruh komunis
  • The Communist International (Comintern) dari Moscow juga mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) di sini
  • Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu iaitu Parti Komunis Malaya (PKM) kerana PKN tidak berjaya


Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia

  • Partai Komunis Indonesia (PKI) membuka cawangan di Tanah Melayu setelah gagal menguasai Pulau Jawa
  • Tidak mendapat sambutan orang Melayu kerana mereka menggunakan kekerasan


Penubuhan Parti Komunis Malaya

  • PKM semasa zaman pendudukan Jepun:
    • Bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun
    • Membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) dan Bintang Tiga
    • Menerima bantuan senjata dan perubatan daripada British
  • PKM mengambil peluang selepas Jepun menyerah kalah disebabkan kelewatan British kembali ke Tanah Melayu
  • Mereka melakukan kekejaman terhadap orang Melayu, Cina dan India yang didakwa pernah bersuhabat dengan Jepun
  • Apabila British Military Administration (BMA) mengambil alih pentadbiran, MPAJA dibuburkan tetapi PKM masih dibenarkan bergerak
  • Pergerakan komunis mengancam ekonomi dan keselamatan negara
  • Justeru British meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 of 1948 untuk menyekat komunis dan akhirnya mengharamkan PKM


6.2 Ancaman Komunis di Negara Kita

Perisytiharan Darurat

  • PKM melancarkan perjuangan bersenjata untuk menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu
  • Komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Perak
  • Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu



Tindakan Komunis

Melumpuhkan Ekonomi

  • Komunis menyerang lombong bijih timah dan ladang getah untuk melemahkan ekonomi British

Merosakkan Infrastruktur

  • Komunis merosakkan kemudahan asas seperti:
    • Landasan kereta api
    • Kemudahan telefon dan telegraf
  • Mereka juga menyerang pekerja awam yang membaiki jalan raya dan sistem perairan

Mengancam Keselamatan Rakyat

  • Komunis menganiaya dan membunuh penduduk yang tidak mahu bekerjasama
  • Komunis mencampakkan bom tangan di Kampar, Perak
    • Menyebabkan 46 kecederaan parah dan 4 kematian

Mengancam Pasukan Keselamatan

  • Komunis menyerang balai polis
  • Untuk mencetuskan huru-hara dan menunjukkan kerajaan tidak berupaya melindungi rakyat


6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis

Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat

  • Menahan sesiapa yang disyaki terlibat dalam komunis tanpa perbicaraan
  • Hukuman berat terhadap yang membantu komunis
  • Hukuman mati terhadap yang membawa senjata api
  • Memeriksa rumah kediaman dan memagar kampung
  • Mengharamkan PKM dan parti politik radikal
  • Menangkap pemimpin gerakan radikal


Pemerkasaan Pasukan Keselamatan

Polis

  • Cawangan Khas
    • Ditubuhi oleh Guy C. Madoc sebagai badan perisikan
    • Anggota menyamar sebagai komunis untuk mendapatkan maklumat

  • Special Constables (SC)
    • Barisan hadapan menghadapi komunis
    • Mengawal ladang dan kawasan lombong

  • Polis Hutan
    • Memburu komunis dan meronda di hutan

  • Polis Wanita
    • Barbara D.R. Wentworth (polis wanita pertama) dilantik untuk melatih dan menyusun pasukan polis wanita

  • Senoi Praaq (Urang Perang)
    • Dikenali sebagai Urang Perang dalam bahasa Semai
    • Dianggotai oleh Orang Asli suku Senoi, Semai dan Temuan
    • Tugasnya mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan

  • Auxiliary Police (AP)
    • Tugasnya menbantu polis menentang komunis
    • Mereka mempertahankan bandar dan kampung

Tentera

  • Pasukan Askar Melayu
    • Melawan gerila komunis di dalam hutan
    • Berjaya memusnahkan kubu komunis

  • Pasukan Askar Komanwel
    • Kerajaan membawa masuk askar dari negara-negara Komanwel
    • Seperti dari Britain, Australis, New Zealand dan India

  • Sarawak Rangers
    • Terdiri daripada orang Iban
    • Mahir dalam selok-belok hutan
    • Cogan kata “Agi Idup Agi Ngelaban” (bermaksud “Selagi hidup selagi melawan”)

Sukarelawan

  • Home Guard
    • Tugasnya melindungi kampung dan pekerja lombong bijih timah
    • Mereka juga membantu menyekat pergerakan makanan dan ubatan komunis


Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan

  • Sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan diperkenalkan
  • Semua yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki mendaftarkan diri
  • Kad pengenalan diwajibkan dibawa bersama di mana-mana
  • Memudahkan proses membezakan orang awam dengan komunis


Rancangan Briggs

  • Diketuai oleh Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs
  • Untuk memutuskan hungan PKM dengan Min Yuen
  • Min Yuen ialah satu pertubuhan yang membekalkan makanan dan senjata kepada PKM


Tawaran Pengampunan

  • Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis supaya menyerah diri
  • Cara pengisytiharan disiarkan:
    • Melalui penyiaran Radio Malaya
    • Risalah dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil
    • Iklan dan wayang gambar


Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat

  • Dimulakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
  • Penduduk berbilang kaum diseru menyertai secara sukarela
  • Kempen ini mengeratkan hubungan antara kaum


Perintah Berkurung

  • Penduduk dilarang keluar dari rumah dalam tempoh tertentu
  • Memudahkan operasi memburu komunis


Perang Saraf

Templer melaksanakan perang saraf untuk memenangi hati rakyat dalam usaha menghapuskan komunis. Cara-caranya termasuklah:

  • Mengadakan lawatan
    • Templer melawat ke kampung, pondok polis dan lombong untuk mendengari masalah rakyat

  • Melonggarkan syarat kewarganegaraan
    • Menarik bukan Melayu untuk menjadi rakyat Tanah Melayu
    • Untuk mewujudkan bangsa yang bersatu

  • Mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
    • Menggalakan penglibatan bukan Melayu dalam politik untuk mendapat sokongan mereka

  • Menawarkan hadiah wang tunai
    • Kepada penduduk yang menangkap atau memberikan maklumat gerila komunis
  • Memenangi kepercayaan Orang Asli
    • Mendirikan 14 kubu untuk Orang Asli
    • Kubu tersebut mempunyai kemudahan perubatan, pendidikan dan perlindungan

  • Memajukan perkhidmatan penerangan
    • Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya menyerbarkan risalah antikomunis

  • Memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan putih
    • Kawasan hitam: Kawasan kegiatan komunis masih aktif
    • Kawasan putih: Kawasan bebas ancaman komunis


Rundingan Baling

  • Tunku Abdul Rahman bertemu dengan Chin Peng (pemimpin PKM) di Baling, Kedah
  • Tunku meminta PKM meletakkan senjata dan menyerah diri
  • Chin Peng menetapkan syarat PKM diakui sebagai sebuah parti politik yang sah
  • Tunku enggan dan rundingan tersebut gagal


6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita

Aspek Politik

  • Meningkatan jumlah warganegara
    • Disebabkan syarat kewarganegaraan dilonggarkan

  • Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan
    • Penubuhan MCA menyakinkan British bukan semua orang Cina menyokong komunis

  • Mempercepat kemerdekaan
    • Kemerdekaan sebagai jalan keluar selepas darurat
    • Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum menyakinkan British


Aspek Sosioekonomi

  • Meningkatkan kos perbelanjaan British
    • Perbelanjaan yang memerlukan kos yang tinggi semasa darurat:
      • – Perbelanjaan membanteras komunis
      • – Menyelesaikan masalah penempatan semula penduduk di pinggir hutan
      • – Pembangunan Kampung Baru

  • Menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat
    • Pengeluaran makanan berkurang
    • Pelombong menjadi sasaran komunis
    • Terpaksa mematuhi peraturan yang dikenakan oleh kerajaan

  • Merenggangkan hubungan kaum
    • Setiap kaum ditempatkan di penempatan yang berbeza
    • Kawalan ketat menyebabkan penduduk berbilang kaum sukar untuk berinteraksi

  • Pengorbanan
    • Termasuk pasukan keselamatan, komunis dan orang awam


Penamatan Darurat

  • Darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960 selepas berlangsung selama 12 tahun


Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 6)