6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita
Kemasukan Pengaruh Komunis dari China
- Ideologi komunis mula dibawa masuk oleh Parti Kuomintang (KMT) dari China
- Cawangan KMT ditubuhkan di negeri Melayu untuk menyebarkan pengaruh komunis
- The Communist International (Comintern) dari Moscow juga mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) di sini
- Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu iaitu Parti Komunis Malaya (PKM) kerana PKN tidak berjaya
Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia
- Partai Komunis Indonesia (PKI) membuka cawangan di Tanah Melayu setelah gagal menguasai Pulau Jawa
- Tidak mendapat sambutan orang Melayu kerana mereka menggunakan kekerasan
Penubuhan Parti Komunis Malaya
- PKM semasa zaman pendudukan Jepun:
- Bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun
- Membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) dan Bintang Tiga
- Menerima bantuan senjata dan perubatan daripada British
- PKM mengambil peluang selepas Jepun menyerah kalah disebabkan kelewatan British kembali ke Tanah Melayu
- Mereka melakukan kekejaman terhadap orang Melayu, Cina dan India yang didakwa pernah bersuhabat dengan Jepun
- Apabila British Military Administration (BMA) mengambil alih pentadbiran, MPAJA dibuburkan tetapi PKM masih dibenarkan bergerak
- Pergerakan komunis mengancam ekonomi dan keselamatan negara
- Justeru British meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 of 1948 untuk menyekat komunis dan akhirnya mengharamkan PKM
6.2 Ancaman Komunis di Negara Kita
Perisytiharan Darurat
- PKM melancarkan perjuangan bersenjata untuk menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu
- Komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Perak
- Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu
Tindakan Komunis
Melumpuhkan Ekonomi
- Komunis menyerang lombong bijih timah dan ladang getah untuk melemahkan ekonomi British
Merosakkan Infrastruktur
- Komunis merosakkan kemudahan asas seperti:
- Landasan kereta api
- Kemudahan telefon dan telegraf
- Mereka juga menyerang pekerja awam yang membaiki jalan raya dan sistem perairan
Mengancam Keselamatan Rakyat
- Komunis menganiaya dan membunuh penduduk yang tidak mahu bekerjasama
- Komunis mencampakkan bom tangan di Kampar, Perak
- Menyebabkan 46 kecederaan parah dan 4 kematian
Mengancam Pasukan Keselamatan
- Komunis menyerang balai polis
- Untuk mencetuskan huru-hara dan menunjukkan kerajaan tidak berupaya melindungi rakyat
6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis
Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat
- Menahan sesiapa yang disyaki terlibat dalam komunis tanpa perbicaraan
- Hukuman berat terhadap yang membantu komunis
- Hukuman mati terhadap yang membawa senjata api
- Memeriksa rumah kediaman dan memagar kampung
- Mengharamkan PKM dan parti politik radikal
- Menangkap pemimpin gerakan radikal
Pemerkasaan Pasukan Keselamatan
Polis
- Cawangan Khas
- Ditubuhi oleh Guy C. Madoc sebagai badan perisikan
- Anggota menyamar sebagai komunis untuk mendapatkan maklumat
- Special Constables (SC)
- Barisan hadapan menghadapi komunis
- Mengawal ladang dan kawasan lombong
- Polis Hutan
- Memburu komunis dan meronda di hutan
- Polis Wanita
- Barbara D.R. Wentworth (polis wanita pertama) dilantik untuk melatih dan menyusun pasukan polis wanita
- Senoi Praaq (Urang Perang)
- Dikenali sebagai Urang Perang dalam bahasa Semai
- Dianggotai oleh Orang Asli suku Senoi, Semai dan Temuan
- Tugasnya mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan
- Auxiliary Police (AP)
- Tugasnya menbantu polis menentang komunis
- Mereka mempertahankan bandar dan kampung
Tentera
- Pasukan Askar Melayu
- Melawan gerila komunis di dalam hutan
- Berjaya memusnahkan kubu komunis
- Pasukan Askar Komanwel
- Kerajaan membawa masuk askar dari negara-negara Komanwel
- Seperti dari Britain, Australis, New Zealand dan India
- Sarawak Rangers
- Terdiri daripada orang Iban
- Mahir dalam selok-belok hutan
- Cogan kata “Agi Idup Agi Ngelaban” (bermaksud “Selagi hidup selagi melawan”)
Sukarelawan
- Home Guard
- Tugasnya melindungi kampung dan pekerja lombong bijih timah
- Mereka juga membantu menyekat pergerakan makanan dan ubatan komunis
Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan
- Sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan diperkenalkan
- Semua yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki mendaftarkan diri
- Kad pengenalan diwajibkan dibawa bersama di mana-mana
- Memudahkan proses membezakan orang awam dengan komunis
Rancangan Briggs
- Diketuai oleh Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs
- Untuk memutuskan hungan PKM dengan Min Yuen
- Min Yuen ialah satu pertubuhan yang membekalkan makanan dan senjata kepada PKM
Tawaran Pengampunan
- Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis supaya menyerah diri
- Cara pengisytiharan disiarkan:
- Melalui penyiaran Radio Malaya
- Risalah dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil
- Iklan dan wayang gambar
Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat
- Dimulakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
- Penduduk berbilang kaum diseru menyertai secara sukarela
- Kempen ini mengeratkan hubungan antara kaum
Perintah Berkurung
- Penduduk dilarang keluar dari rumah dalam tempoh tertentu
- Memudahkan operasi memburu komunis
Perang Saraf
Templer melaksanakan perang saraf untuk memenangi hati rakyat dalam usaha menghapuskan komunis. Cara-caranya termasuklah:
- Mengadakan lawatan
- Templer melawat ke kampung, pondok polis dan lombong untuk mendengari masalah rakyat
- Melonggarkan syarat kewarganegaraan
- Menarik bukan Melayu untuk menjadi rakyat Tanah Melayu
- Untuk mewujudkan bangsa yang bersatu
- Mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
- Menggalakan penglibatan bukan Melayu dalam politik untuk mendapat sokongan mereka
- Menawarkan hadiah wang tunai
- Kepada penduduk yang menangkap atau memberikan maklumat gerila komunis
- Memenangi kepercayaan Orang Asli
- Mendirikan 14 kubu untuk Orang Asli
- Kubu tersebut mempunyai kemudahan perubatan, pendidikan dan perlindungan
- Memajukan perkhidmatan penerangan
- Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya menyerbarkan risalah antikomunis
- Memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan putih
- Kawasan hitam: Kawasan kegiatan komunis masih aktif
- Kawasan putih: Kawasan bebas ancaman komunis
Rundingan Baling
- Tunku Abdul Rahman bertemu dengan Chin Peng (pemimpin PKM) di Baling, Kedah
- Tunku meminta PKM meletakkan senjata dan menyerah diri
- Chin Peng menetapkan syarat PKM diakui sebagai sebuah parti politik yang sah
- Tunku enggan dan rundingan tersebut gagal
6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita
Aspek Politik
- Meningkatan jumlah warganegara
- Disebabkan syarat kewarganegaraan dilonggarkan
- Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan
- Penubuhan MCA menyakinkan British bukan semua orang Cina menyokong komunis
- Mempercepat kemerdekaan
- Kemerdekaan sebagai jalan keluar selepas darurat
- Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum menyakinkan British
Aspek Sosioekonomi
- Meningkatkan kos perbelanjaan British
- Perbelanjaan yang memerlukan kos yang tinggi semasa darurat:
- – Perbelanjaan membanteras komunis
- – Menyelesaikan masalah penempatan semula penduduk di pinggir hutan
- – Pembangunan Kampung Baru
- Perbelanjaan yang memerlukan kos yang tinggi semasa darurat:
- Menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat
- Pengeluaran makanan berkurang
- Pelombong menjadi sasaran komunis
- Terpaksa mematuhi peraturan yang dikenakan oleh kerajaan
- Merenggangkan hubungan kaum
- Setiap kaum ditempatkan di penempatan yang berbeza
- Kawalan ketat menyebabkan penduduk berbilang kaum sukar untuk berinteraksi
- Pengorbanan
- Termasuk pasukan keselamatan, komunis dan orang awam
Penamatan Darurat
- Darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960 selepas berlangsung selama 12 tahun