BAB 9 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 - Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Rundingan dengan Kerajaan British di London

  • Wakil Parti Perikatan dan wakil Raja-raja Melayu membuat rombongan ke London untuk berunding dengan British
  • Perkara yang dipersetujui:
    • Menggantikan jawatan Setiausaha Kewangan dengan Menteri Kewangan
    • Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Pertahanan dilantik dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu
    • British dan Komanwel akan memberikan bantuan seperti pertahanan
    • Pegawai British yang diberhentikan perlu diberikan ganti rugi


Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

  • Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid) dibentuk berikutan persetujuan di London
  • Pengerusinya Lord Reid dari British
  • Tugas: Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Gerak Kerja:

  • Meminta cadangan penduduk
  • Menerima memorandum daripada pelbagai pihak
  • Meneliti kedudukan negeri dalam perlembagaan
  • Menghadap Raja-raja Melayu dan Penasihat British
  • Mengadakan persidangan dan membuat laporan pembentukan perlembagaan


Memorandum yang Diterima oleh Suruhanjaya

Memorandum daripada Pihak Raja-raja Melayu

  • Mencadangkan jawatan Yang di-Pertuan Agong
    • Bertindak sebagai Ketua Negara
    • Dipilih oleh Raja-raja Melayu
    • Tempoh jawatan ialah lima tahun

  • Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain dilindungi oleh Raja-raja Melayu

Memorandum daripada Parti Politik dan Awam

  • UMNO menolak jus soli
  • Masyarakat India menuntut kewarganegaraan mereka diteliti
  • MCA menuntut sekolah vernukular diteruskan


Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

  • Kewarganegaraan berdasarkan jus soli
  • Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
  • Raja Berperlembagaan dengan seorang Yang di-Pertuan Agong
  • Parlimen dengan Dewan Negara dan Dewan Rakyat


Reaksi terhadap Draf Perlembagaan

  • UMNO dan PAS:
    • Bimbang bahawa kewarganegeraan yang longgar akan menjejas kedudukan istimewa orang Melayu
    • Meminta meningkatkan kedudukan agama Islam dalam Persekutuan
    • Mahu bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi

  • Sebahagian pertubuhan Cina ingin menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan
  • MIC meminta syarat kewarganegaraan dan penggunaan bahasa Tamil diteliti
  • Draf Perlembagaan akhirnya diluluskan selepas pindaan dibuat



Kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

  • Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
  • Individu yang dilahirkan di dalam Persekutuan (pada hari merdeka atau selepas) akan diberikan kewarganegaraan
  • Kedudukan istimewa orang Melayu dijaga
  • Agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 9)