BAB 3 RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

Latar Belakang Pemerintahan Beraja

Sebelum Perang Dunia Kedua

  • British memperkenalkan Sistem Residen di NNMB dan Sistem Penasihat di NNMTB
  • Raja-raja Melayu memerintah dengan penasihat British

Semasa Pendudukan Jepun

  • Raja-raja Melayu diiktiraf sebagai ketua hal ehwal agama Islam
  • Diawasi oleh Gabenor Jepun

Selepas Perang Dunia Kedua

  • Raja-raja Melayu kehilangan kuasa selepas Malayan Union diperkenalkan

Selepas Kemerdekaan

  • Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara
  • Raja Berperlembagaan diamalkan


Fungsi Majlis Raja-raja Melayu

  • Memilih YDPA dan timbalannya
  • Memberikan nasihat dalam pelantikan jawatan tertentu
  • Memperkenankan pindaan perlembagaan tertentu
  • Memperkenankan perubahan sempadan negeri
  • Bertindak sebagai Lembaga Pengampunan


Kuasa Yang di-Pertuan Agong

Eksekutif

  • Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
  • Melantik Peguam Negara
  • Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia

Perundangan

  • Memanggil Parlimen bersidang
  • Memperkenankan Rang Undang-undang
  • Ketua Agama Islam di negeri sendiri dan negeri yang tidak mempunyai sultan
  • Mengisytiharkan darurat

Kehakiman

  • Melantik hakim Mahkamah Atasan
  • Kuasa pengampunan


Kebebasan Asasi

  • Kebebasan diri
  • Kebebasan beragama
  • Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan
  • Hak pendidikan


Pengasingan Kuasa Pemerintahan Negara Kita

Badan Eksekutif

  • Jemaah Menteri atau Kabinet
    • Terdiri daripada Perdana Menteri dan menteri-menteri
    • Menggubal dan melaksanakan dasar negara

Badan Perundangan

  • Parlimen (peringkat Persekutuan)
    • Fungsinya menggubal undang-undang
    • Komponen: Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat
  • Dewan Undangan Negeri (peringkat negeri)

Badan Kehakiman

  • Mahkamah-mahkamah
  • Diketuai oleh Ketua Hakim Negara
  • Mentafsirkan dan melaksanakan undang-undang


Kuasa Budi Bicara Raja

Yang di-Pertuan Agong

  • Melantik Perdana Menteri
  • Tidak memperkenankan pembubaran Parlimen

Raja dan Yang di-Pertua Negeri

  • Melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri
  • Tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri



Nota Sejarah Tingkatan 5 KSSM 2021 (Bab 3)