BAB 5 PEMBENTUKAN MALAYSIA

Bab 5 Pembentukan Malaysia - Bendera Malaysia

Idea Gagasan Malaysia

  • Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
  • Menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei


Idea Pegawai British

Lord Brassey

  • Mencadangkan penggabungan Sabah, Sarawak, negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat
  • Menjadi satu tanah jajahan besar
  • Pegawai British melihat potensi ekonomi penggabungan ini

Sir Malcolm MacDonald

  • Mecadangkan penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara
  • Selaras dengan rancangan dekolonisasi

Sir Gerald Templer

  • Meminta untuk menyegerakan penggabungan wilayah
  • Atas tujuan keselamatan


Idea Penduduk Tempatan

  • Nasionalis Tanah Melayu memperjuangkan Konsep Melayu Raya
    • Gagal setelah Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan

  • Tunku Abdul Rahman mencadangkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu

  • Datu Mustapha (pemimpin Sabah) menyatakan minat terhadap penggabungan Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu


Rasional Idea Pembentukan Malaysia

  • Mempercepat kemerdekaan
  • Mempercepat bidang pembangunan
  • Menyeimbangkan komposisi penduduk antara kaum
  • Memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk membendung ancaman komunis di Singapura dan Sarawak


Reaksi Tempatan terhadap Pembentukan Malaysia

Persekutuan Tanah Melayu

  • Mendapat sambutan baik penduduk dan parti politik

Sarawak

  • Parti BERJASA, PANAS dan PESAKA menyokong
  • SUPP menentang

Sabah

  • UNKO, USNO dan SCA menyokong
  • Parti yang menyokong membentuk gabungan Sabah Alliance
  • Golongan yang menentang mahu mendapatkan kemerdekaan secara berasingan

Singapura

  • PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyokong
  • Barisan Sosialis menentang kerana menganggapnya sebagai penjajahan baharu

Brunei

  • Sultan Brunei menyokong
  • Parti Rakyat Brunei menentang atas sebab:
    • Lebih ingin menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara
    • Pembentukan Malaysia ialah cara British mengekalkan pengaruh
    • Brunei akan kehilangan kekayaan yang besar


Reaksi Negara Jiran terhadap Pembentukan Malaysia

Indonesia

  • Tidak menentang pada awal

Filipina

  • Menentang kerana mahu menuntut Sabah

Thailand

  • Menyambut baik


Langkah Pembentukan Malaysia

Siri Lawatan

  • Tunku Abdul Rahman melawat ke Sarawak dan Brunei untuk bertemu dengan pemimpin tempatan
  • Pemimpin Sabah dan Sarawak juga melawat ke Persekutuan Tanah Melayu untuk meninjau kemajuan di sini

Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)

  • Tujuan JSKM ditubuhkan:
    • Menyakinkan penduduk Sabah dan Sarawak
    • Mengumpulkan pandangan
    • Menghebahkan perkembangan kemajuan di Persekutuan Tanah Melayu

Referendum Singapura

  • Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia
  • Dengan syarat yang ditetapkan

Suruhanjaya Cobbold

  • Ditubuhkan untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak
  • Laporan yang dihasilkan:
    • Dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia
    • Mencadangkan agar kuasa autonomi diberi kepada Sabah dan Sarawak

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

  • Mempunyai wakil British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
  • Ditubuhkan untuk merangka perlembagaan serta menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak
  • Perkara perlembagaan yang diusul untuk menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak:
    • Islam sebagai agama persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak
    • Bahasa Inggeris juga bahasa rasmi Sabah dan Sarawak selain bahasa Melayu
    • Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa imigresen tersendiri
    • Pendidikan di bawah kuasa persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak


Inti Pati Perjanjian Malaysia

  • Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963
  • Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi ahli Persekutuan Malaysia


Peristiwa Pengisytiharan Malaysia

  • Indonesia membantah pembentukan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  • PBB menubuhkan jawatankuasa untuk membuat penilaian
  • Hasil penilaian menunjukkan penduduk Sabah dan Sarawak menerima pembentukan Malaysia
  • Pembentukan Malaysia ditangguhkan kepada 14 September 1963 kerana peristiwa ini


Konfrontasi terhadap Pembentukan Malaysia

  • Indonesia melancarkan konfrontasi “Ganyang Malaysia” pada 1963
  • Dengan alasan mengancam kedudukan Indonesia
  • Tentera Indonesia membuat serangan gerila di Sarawak


Langkah Menamatkan Konfrontasi

  • PBB memulakan usaha menamatkan konfrontasi
  • Pihak Persekutuan Tanah Melayu berunding dengan pihak Indonesia dalam beberapa mesyuarat
  • Indonesia menerima pembentukan Malaysia selepas PBB membuat penilaian
  • Indonesia menamatkan konfrontasi pada 1966


Nota Sejarah Tingkatan 5 KSSM 2021 (Bab 5)