BAB 6 CABARAN SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA

Bab 6 Cabaran selepas Pembentukan Malaysia - Kelapa Sawit

Cabaran Dalaman Malaysia

Cabaran Pembangunan di Sabah dan Sarawak

  • Rakyat masih mengamalkan pertanian sara diri dan tidak aktif dalam ekonomi komersial
  • Saiz negeri yang besar menyukarkan perhubungan dan pengangkutan
  • Penduduk kawasan pedalaman kurang berpeluang untuk bersekolah

Cabaran Politik di Sarawak

  • Krisis perlembagaan berlaku di Sarawak

Cabaran Perpaduan Kaum

  • Penduduk yang mempunyai pelbagai budaya dan kaum
  • Jarak yang jauh antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak


Faktor Pemisahan Singapura

  • Berlakunya konflik antara pemimpin
  • Singapura tidak berpuas hati dengan cadangan dikenakan tambahan cukai
  • Penuntutan hak sama rata semua kaum menyebabkan rusuhan kaum


Ancaman Komunis di Sarawak

Ancaman

  • Komunis menentang gagasan Malaysia
  • Ingin membentuk republik komunis di Sarawak
  • Melakukan serangan bersenjata terhadap orang awam

Usaha Menangani

  • Menyedarkan orang awam tentang bahaya ancaman komunis
    • Melalui perhimpunan awam dan risalah
  • Tawaran pengampunan kepada anggota komunis
  • Menambah baik kemudahan perhubungan penduduk
  • Operasi Hammer:
    • Rancangan memenangi hati rakyat
    • Memindahkan penduduk ke petempatan baharu untuk melindungi mereka


Ancaman Komunis di Semenanjung Malaysia

Ancaman

  • Ancaman yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM):
    • Menyerang orang awam dan pasukan keselamatan
    • Menembak mati Ketua Polis Negara
    • Meletupkan kemudahan awam seperti jalan raya
    • Meletupkan Tugu Negara di Kuala Lumpur

Usaha Mengatasi

  • Strategi Counterinsurgency (COIN)
    • Memenangi hati rakyat untuk menyokong dasar memerangi komunis
  • Perjanjian Kerjasama Sempadan dengan kerajaan Thailand
    • Membina pagar di sempadan dan menjalankan operasi bersama


Rancangan Malaysia Pertama

Isu

  • Terlalu bergantung kepada pertanian getah
  • Kekurangan peluang pekerjaan
  • Kekurangan perkhidmatan kesihatan kepada wanita yang mengandung

Usaha Mengatasi

  • Mempelbagaikan kegiatan pertanian terutamanya kelapa sawit dan koko
  • Membangunkan perkilangan di kawasan baharu
  • Menubuhkan pusat latihan vokasional
  • Melancarkan Program Perancang Keluarga
  • Menaik taraf kemudahan kesihatan di luar bandar


Tragedi Hubungan antara Kaum

Rusuhan Kaum

  • Rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969
  • Setelah Pilihan Raya Umum Ketiga diadakan
  • Faktor berlakunya rusuhan kaum:
    • Ketidakseimbangan ekonomi dan sosial
    • Parti bertanding menggunakan sentimen perkauman
    • Perarakan kemenangan pilihan raya yang tidak terkawal
    • PKM mempengaruhi penduduk supaya bermusuhan antara kaum

Langkah yang Diambil

  • Pengisytiharan darurat
    • Perlembagaan dan Parlimen digantung
    • Perintah berkurung dilaksanakan
    • Pusat perlindungan dibina

  • Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dengan tanggungjawab:
    • Mengembalikan keharmonian antara kaum
    • Melicinkan pentadbiran negara
    • Menguatkuasakan Akta Hasutan 1948

  • Raja-raja Melayu menasihati rakyat agar menjaga keamanan


Nota Sejarah Tingkatan 5 KSSM 2021 (Bab 6)