BAB 7 MEMBINA KESEJAHTERAAN NEGARA

Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara - Kebudayaan Malaysia

Perpaduan dan Integrasi Nasional

Perpaduan Kaum

  • Rakyat pelbagai etnik dan agama hidup bersama secara aman

Integrasi Nasional

  • Proses merapatkan hubungan masyarakat antara negeri
  • Bagi membentuk satu bangsa


Kesan Dasar British

  • Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum menyebabkan jurang ekonomi
  • Pendidikan vernakular mewujudkan perbezaan pemikiran antara kaum
  • Parti politik memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing


Usaha Memperkasakan Perpaduan dan Integrasi Nasional

Politik

  • Jabatan Perpaduan Negara mendraf Rukun Negara
  • Gabungan parti politik pelbagai kaum

Ekonomi

  • Meneruskan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia
  • Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
  • Membangunkan kawasan luar bandar untuk membasmi kemiskinan
  • Memajukan bidang perindustrian
  • Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar

Sosial

  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • Menggalakan satu kebudayaan yang dapat membentuk identiti bangsa Malaysia


Dasar Pendidikan Kebangsaan

Laporan Rahman Talib

  • Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua peringkat
  • Kurikulum yang berorientasikan negara kita
  • Menekankan mata pelajaran Sejarah untuk memupuk kesetiaan kepada negara
  • Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat (Sivik)

Laporan Jawatankuasa Kabinet

  • Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan diwajibkan dalam peperiksaan awam
  • Pendidikan kerohanian melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
  • Aktiviti kokurikulum yang melibatkan semua kaum
  • Laporan ini menghasilkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  • Menekankan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

Akta Pendidikan 1996

  • Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan
  • Bahasa Melayu diwajibkan di semua institusi pendidikan


Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan

Akta Bahasa Kebangsaan

  • Memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

Bahasa Rasmi Pentadbiran

  • Bahasa Melayu menjadi alat komunikasi dalam urusan kementerian dan mahkamah

Memperkasakan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

  • Membuka sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu di seluruh negara
  • Menambahkan guru khas bahasa Melayu di sekolah menengah jenis kebangsaan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • UKM sebagai pusat keilmuan bahasa Melayu
  • Berjaya memperkenalkan pelbagai kursus dalam bahasa Melayu

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

  • Ditubuhkan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu
  • Mengembangkan bahasa dan sastera Melayu melalui penerbitan buku dan bengkel
  • Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”


Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Prinsip Utama

  • Kebudayaan Melayu sebagai tunjang
  • Islam menjadi unsur yang penting
  • Unsur kebudayaan lain yang sesuai juga diterima

Matlamat Pembentukan

  • Mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan
  • Memupuk keperibadian kebangsaan
  • Memperkaya kemanusiaan dan kerohanian

Citrawarna Malaysia

  • Merupakan program untuk mempromosikan pelancongan
  • Melalui kebudayaan, tarian dan nyanyian pelbagai kaum

Penggiat Budaya

  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan melahirkan tokoh budaya yang tersohor
  • Mereka telah menghasilkan karya seni tempatan yang bermutu tinggi


Sukan sebagai Alat Perpaduan

Dasar 1 Murid 1 Sukan

  • Melibatkan murid pelbagai kaum dalam sukan
  • Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan

Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

  • Mengadakan pertandingan sukan dalam kalangan penuntut dan staf universiti tempatan

Sukan Malaysia (SUKMA)

  • Merupakan acara sukan peringkatan kebangsaan
  • Diadakan dua tahun sekali
  • Untuk mengeratkan hubungan kaum dan integrasi antara negeri

Penganjuran Sukan

  • Pemimpin dan sukarelawan pelbagai kaum bersama menganjurkan sukan berperingkat serantau dan antarabangsa
  • Contoh: Hoki Piala Dunia, Sukan Komanwel, Piala Thomas

Kejayaan Malaysia Kebanggaan Bersama

  • Pasukan negara berjaya dalam pertandingan sukan antarabangsa hasil daripada kerjasama pemain dan jurulatih tanpa mengira kaum
  • Seperti dalam Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA

Laungan “Malaysia Boleh”

  • Slogan untuk menyokong pasukan Malaysia tanpa mengira kaum

Kepimpinan Berwibawa

  • Kejayaan sukan ialah hasil pengurusan yang cekap
  • Kerabat diraja dan ahli politik menjadi penaung
  • Bekas atlet menjadi jurulatih pasukan


Prinsip Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan

  • Agama sebagai panduan hidup
  • Islam ialah agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

  • Raja merupakan simbol perpaduan rakyat
  • Menghormati simbol kedaulatan negara

Keluhuran Perlembagaan

  • Ketertinggian perlembagaan
  • Perlembagaan melindungi hak setiap anggota masyarakat

Kedaulatan Undang-undang

  • Rakyat perlu menghormati dan mematuhi undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

  • Rakyat perlu bersopan santun dan berakhlak mulia
  • Untuk menjamin hubungan baik antara kaum


Matlamat Rukun Negara

Masyarakat Demokratik

  • Memelihara cara hidup demokratik

Masyarakat Adil

  • Semua mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara
  • Pihak yang berkurangan dibantu supaya bebas daripada penindasan

Masyarakat Progresif

  • Masyarakat yang maju dalam sains dan teknologi

Masyarakat Liberal

  • Masyarakat bebas mengamalkan agama dan kebudayaan masing-masing

Negara Bersatu

  • Bangsa dan negara yang bersatu padu


Nota Sejarah Tingkatan 5 KSSM 2021 (Bab 7)