Teknologi Hijau
Definisi:
Pembangunan untuk memelihara alam sekitar dan mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia
Kepentingan
- Meringankan kemusnahan alam sekitar
- Mengurangkan pengeluaran karbon
- Mengurangkan penggunaan sumber asli
- Meningkatkan taraf kesihatan dan kehidupan manusia
Sektor Tenaga
Isu Sosiosaintifik
- Sumber bahan api fosil mungkin akan habis
- Pengeluaran gas rumah hijau menyebabkan pemanasan global
- Menyebabkan perubahan iklim yang ekstrem
Aplikasi Teknologi Hijau
- Sumber tenaga angin, hidro, solar dan geoterma

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
Isu Sosiosaintifik
- Sisa kimia mengganggu ekosistem sungai dan lautan
- Penguraian sisa pepejal melepaskan gas rumah hijau
- Sisa makanan menyebabkan pencemaran alam sekitar
Aplikasi Teknologi Hijau
- Mengguna semula kertas terpakai
- Pengasingan sisa rumah
- Proses rawatan biologi ke atas sisa pepejal untuk diubah kepada bahan organik dan biojisim
- Tolak, Kurangkan, Guna semula, Kitar semula dan Pemulihan (5R, Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery)
Sektor Pertanian dan Perhutanan
Isu Sosiosaintifik
- Penerokaan hutan menyebabkan kepupusan flora dan fauna
- Pembakaran terbuka menyebabkan jerebu
- Penggunaan racun serangga merosakkan tanah tanaman
Aplikasi Teknologi Hijau
- Memproses sisa pertanian untuk dijadikan baja
- Penanaman semula pokok
- Mengawal aktiviti pembalakan
Sektor Pengangkutan
Isu Sosiosaintifik
- Petrol dan diesel mungkin akan habis digunakan
- Kenderaan melepaskan gas karbon dioksida dan karbon monoksida
- Gas-gas berbahaya yang dikeluarkan menyebabkan hujan asid
Aplikasi Teknologi Hijau
- Pengangkutan hijau seperti basikal dan kenderaan hijau
- Kenderaan Gas Asli
- Menggantikan petroleum dengan bahan api bio