Rundingan dengan Kerajaan British di London
- Wakil Parti Perikatan dan wakil Raja-raja Melayu membuat rombongan ke London untuk berunding dengan British
- Perkara yang dipersetujui:
- Menggantikan jawatan Setiausaha Kewangan dengan Menteri Kewangan
- Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Pertahanan dilantik dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu
- British dan Komanwel akan memberikan bantuan seperti pertahanan
- Pegawai British yang diberhentikan perlu diberikan ganti rugi
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
- Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid) dibentuk berikutan persetujuan di London
- Pengerusinya Lord Reid dari British
- Tugas: Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Gerak Kerja:
- Meminta cadangan penduduk
- Menerima memorandum daripada pelbagai pihak
- Meneliti kedudukan negeri dalam perlembagaan
- Menghadap Raja-raja Melayu dan Penasihat British
- Mengadakan persidangan dan membuat laporan pembentukan perlembagaan
Memorandum yang Diterima oleh Suruhanjaya
Memorandum daripada Pihak Raja-raja Melayu
- Mencadangkan jawatan Yang di-Pertuan Agong
- Bertindak sebagai Ketua Negara
- Dipilih oleh Raja-raja Melayu
- Tempoh jawatan ialah lima tahun
- Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain dilindungi oleh Raja-raja Melayu
Memorandum daripada Parti Politik dan Awam
- UMNO menolak jus soli
- Masyarakat India menuntut kewarganegaraan mereka diteliti
- MCA menuntut sekolah vernukular diteruskan
Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
- Kewarganegaraan berdasarkan jus soli
- Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
- Raja Berperlembagaan dengan seorang Yang di-Pertuan Agong
- Parlimen dengan Dewan Negara dan Dewan Rakyat
Reaksi terhadap Draf Perlembagaan
- UMNO dan PAS:
- Bimbang bahawa kewarganegeraan yang longgar akan menjejas kedudukan istimewa orang Melayu
- Meminta meningkatkan kedudukan agama Islam dalam Persekutuan
- Mahu bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi
- Sebahagian pertubuhan Cina ingin menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan
- MIC meminta syarat kewarganegaraan dan penggunaan bahasa Tamil diteliti
- Draf Perlembagaan akhirnya diluluskan selepas pindaan dibuat
Kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
- Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
- Individu yang dilahirkan di dalam Persekutuan (pada hari merdeka atau selepas) akan diberikan kewarganegaraan
- Kedudukan istimewa orang Melayu dijaga
- Agama Islam sebagai agama Persekutuan
- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan