7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
- Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob
- Matlamat:
- Memperjuangkan kemerdekaan melalui Melayu Raya
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
- Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi
- Matlamat:
- Menanam semangat kebangsaan
- Bekerjasama dengan kaum lain demi perpaduan
- Juga menggunakan konsep Melayu Raya
Angkatan Pemuda Insaf (API)
- Dipimpin oleh Ahmad Boestamam
- Matlamat:
- Permerintahan demokrasi dan dasar ekonomi yang berteraskan rakyat
- Berjuang secara lembut tetapi menggunakan kekerasan jika terpaksa
- Diharamkan oleh British atas imej radikal
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
- Dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
- Matlamat:
- Sarawak menjadi negeri merdeka di bawah pemerintahan Raja Brooke
Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
- Matlamat:
- Sanggup berkorban demi memerdekakan Sarawak
- Menubuhkan pasukan Rukun 13 untuk membunuh pengawai British dan Datu Melayu yang sokong penyerahan Sarawak
United Malays National Organisation (UMNO)
- Dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar
- Matlamat:
- Menyatukan orang Melayu
- Mempertahankan hak bangsa Melayu
- Mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu
- Memerdekakan Tanah Melayu melalui perundingan
- Menentang Malayn Union
Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
- Dipimpin oleh Tengku Noordin dan Zakaria Gunn
- Matlamat:
- Memerdekakan Sabah daripada British
- Menggunakan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah
Malayan Indian Congress (MIC)
- Diasaskan oleh John Thivy
- Matlamat:
- Bekerjasama dengan kaum lain untuk memerdekakan Tanah Melayu
- Kewarganegaraan kepada mereka yang taat setia kepada Tanah Melayu sebagai tanah air
Hizbul Muslimin
- Dilahirkan daripada perhimpunan Majlis Agama Islam Tertinggi (terdiri daripada ulama)
- Matlamat:
- Memerdekakan Tanah Melayu sebagai negara Islam
- Telah diharamkan oleh British
Malayan Chinese Association (MCA)
- Dipimpin oleh Tan Cheng Lock
- Matlamat:
- Menjadikan Tanah Melayu yang berbilang kaum sebuah negara yang berdemokrasi penuh
- Menyatukan masyarakat Cina dan bekerjasama dengan kaum lain untuk memerdekakan Tanah Melayu
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
- Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi
- Matlamat:
- Tanah Melayu merdeka dengan menjalankan hukum Islam
- Membina satu negara dan bangsa yang teguh
- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal
Independence of Malayan Party (IMP)
- Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar
- Beliau berpendapat tuntutan kemerdekaan tidak boleh dibuat tanpa kerjasama kaum lain
- Beliau mahu orang Melayu menjadi pemimpin tetapi kaum lain juga diberi hak politik dan ekonomi
7.2 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
- Juga dikenali sebagai Communities Liaison Committee (CLC)
- Ditubuh kerana British hanya memberikan kemerdekaan jika kerjasama antara kaum wujud
- Objektif pembentukan CLC:
- Mengkaji hubungan antara kaum
- Pembahagian sumber politik, ekonomi, dan sosial yang adil
- Harmoni dalam kalangan penduduk
Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Isu-isu yang dibincangkan
- Isu persediaan berkerajaan sendiri
- Isu kedudukan istimewa orang Melayu
- Isu orang Melayu tidak mendapat peluang yang sama dalam ekonomi
- Isu pemberian syarat kepada bukan Melayu
- Isu sistem persekolahan yang berbeza mengikut kaum
Kesan Peranan CLC terhadap Perpaduan Kaum
- Pilihan raya diadakan
- Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui dan kepentingan sah kaum lain juga dijaga
- Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan untuk memajukan luar bandar
- Syarat kewarganegaraan dilonggarkan kepada bukan Melayu
- Jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang diterima semua
7.3 Sistem Ahli
Pembentukan Sistem Ahli
- Tujuan: Melatih penduduk tempatan mentadbir sendiri
Ahli-ahli Portfolio
Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri – Dato’ Onn Jaafar
Ahli Pelajaran – E.E.C Thuraisingham
Ahli Kesihatan – Lee Tiang Keng
Ahli Pertanian dan Perhutanan – Tunku Yaacob ibni Sultan Abd. Hamid
Ahli Tanah, Lombong dan Perhubungan – Dato’ Mahmud Mat
Portfolio yang kekal dibawah British:
– Hal Ehwal Ekonomi
– Perindustrian dan Perhubungan Sosial
– Perumahan dan Kerja Raya
Ciri-ciri Sistem Ahli
- Ahlinya bertaraf ‘Menteri’ dan menjaga satu portfolio
- Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya British
- Ahli mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan portfolionya
- Merupakan sistem kabinet bayangan
Kepentingan Sistem Ahli ke Arah Kemerdekaan
- Pendedahan kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran
- Memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya daripada pemimpin berbilang kaum
- Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu mendapat sokongan semua penduduk
7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan
Beberapa laporan atau undang-undang tentang sistem pendidikan kebangsaan telah diterbitkan
Laporan Barnes 1951
- Menekankan sekolah rendah sebagai tempat membina rupa bangsa
- Kandungan:
- Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
- Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris
Laporan Fenn-Wu 1951
- Berikutan bantahan masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes
- Kandungan:
- Sekolah Cina diteruskan dengan berorientasikan Tanah Melayu
Ordinan Pelajaran 1952
- Undang-undang yang diluluskan bagi sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutuan
- Kandungan:
- Terdapat dua jenis sekolah rendah, iaitu yang menggunakan bahasa Melayu dan yang menggunakan bahasa Inggeris
- Bahasa ibunda diajar sekiranya terdapat 15 orang murid
- Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris
Laporan Woodhead di Sarawak
- Cadangan tentang pendidikan di Sarawak
- Diterima di Sabah dengan beberapa pindaan
- Kandungan:
- Sekolah menengah yang menggunakan bahasa Inggeris
- Menyeragamkan sukatan pelajaran
- Buku teks yang berunsur tempatan
- Pendidikan sivik diajar secara formal
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
- Mencadangkan sistem pelajaran kebangsaan yang baharu
- Kandungan:
- Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu
- Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil
- Bahasa Melayu dan Inggeris menjadi mata pelajaran wajib
- Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran
7.5 Penubuhan Parti Politik
Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan
Pakatan PUTERA-AMCJA
- Memupuk kerjasama politik antara kaum
- Melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat:
- Pemerintahan sendiri
- Pembentukan Dewan Perundangan
- Menerima kewarganegaraan yang hanya satu
Persidangan Kebangsaan
- Disertai oleh IMP, MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya
- Untuk membentuk gabungan parti politik kebangsaan yang bersatu
- Menuntut pilihan raya Persekutuan diadakan
Konvensyen Kebangsaan
- Dihadiri oleh UMNO, MCA dan PAS
- Mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan
Pembentukan Parti Perikatan
- Dibentuk oleh UMNO, MCA dan MIC yang melambangkan tiga kaum terbesar