BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN

Bab 7 Usaha ke Arah Kemerdekaan - Logo Parti Perikatan

7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

  • Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob
  • Matlamat:
    • Memperjuangkan kemerdekaan melalui Melayu Raya

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

  • Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi
  • Matlamat:
    • Menanam semangat kebangsaan
    • Bekerjasama dengan kaum lain demi perpaduan
  • Juga menggunakan konsep Melayu Raya

Angkatan Pemuda Insaf (API)

  • Dipimpin oleh Ahmad Boestamam
  • Matlamat:
    • Permerintahan demokrasi dan dasar ekonomi yang berteraskan rakyat
  • Berjuang secara lembut tetapi menggunakan kekerasan jika terpaksa
  • Diharamkan oleh British atas imej radikal

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

  • Dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
  • Matlamat:
    • Sarawak menjadi negeri merdeka di bawah pemerintahan Raja Brooke

Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)

  • Matlamat:
    • Sanggup berkorban demi memerdekakan Sarawak
  • Menubuhkan pasukan Rukun 13 untuk membunuh pengawai British dan Datu Melayu yang sokong penyerahan Sarawak

United Malays National Organisation (UMNO)

  • Dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar
  • Matlamat:
    • Menyatukan orang Melayu
    • Mempertahankan hak bangsa Melayu
    • Mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu
    • Memerdekakan Tanah Melayu melalui perundingan
  • Menentang Malayn Union

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)

  • Dipimpin oleh Tengku Noordin dan Zakaria Gunn
  • Matlamat:
    • Memerdekakan Sabah daripada British
  • Menggunakan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah

Malayan Indian Congress (MIC)

  • Diasaskan oleh John Thivy
  • Matlamat:
    • Bekerjasama dengan kaum lain untuk memerdekakan Tanah Melayu
    • Kewarganegaraan kepada mereka yang taat setia kepada Tanah Melayu sebagai tanah air

Hizbul Muslimin

  • Dilahirkan daripada perhimpunan Majlis Agama Islam Tertinggi (terdiri daripada ulama)
  • Matlamat:
    • Memerdekakan Tanah Melayu sebagai negara Islam
  • Telah diharamkan oleh British

Malayan Chinese Association (MCA)

  • Dipimpin oleh Tan Cheng Lock
  • Matlamat:
    • Menjadikan Tanah Melayu yang berbilang kaum sebuah negara yang berdemokrasi penuh
    • Menyatukan masyarakat Cina dan bekerjasama dengan kaum lain untuk memerdekakan Tanah Melayu

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

  • Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi
  • Matlamat:
    • Tanah Melayu merdeka dengan menjalankan hukum Islam
    • Membina satu negara dan bangsa yang teguh
    • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal

Independence of Malayan Party (IMP)

  • Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar
  • Beliau berpendapat tuntutan kemerdekaan tidak boleh dibuat tanpa kerjasama kaum lain
  • Beliau mahu orang Melayu menjadi pemimpin tetapi kaum lain juga diberi hak politik dan ekonomi


7.2 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

  • Juga dikenali sebagai Communities Liaison Committee (CLC)
  • Ditubuh kerana British hanya memberikan kemerdekaan jika kerjasama antara kaum wujud
  • Objektif pembentukan CLC:
    • Mengkaji hubungan antara kaum
    • Pembahagian sumber politik, ekonomi, dan sosial yang adil
    • Harmoni dalam kalangan penduduk


Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

Isu-isu yang dibincangkan

  • Isu persediaan berkerajaan sendiri
  • Isu kedudukan istimewa orang Melayu
  • Isu orang Melayu tidak mendapat peluang yang sama dalam ekonomi
  • Isu pemberian syarat kepada bukan Melayu
  • Isu sistem persekolahan yang berbeza mengikut kaum

Kesan Peranan CLC terhadap Perpaduan Kaum

  • Pilihan raya diadakan
  • Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui dan kepentingan sah kaum lain juga dijaga
  • Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan untuk memajukan luar bandar
  • Syarat kewarganegaraan dilonggarkan kepada bukan Melayu
  • Jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang diterima semua



7.3 Sistem Ahli

Pembentukan Sistem Ahli

  • Tujuan: Melatih penduduk tempatan mentadbir sendiri

  • Ahli-ahli Portfolio

    Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri – Dato’ Onn Jaafar
    Ahli Pelajaran – E.E.C Thuraisingham
    Ahli Kesihatan – Lee Tiang Keng
    Ahli Pertanian dan Perhutanan – Tunku Yaacob ibni Sultan Abd. Hamid
    Ahli Tanah, Lombong dan Perhubungan – Dato’ Mahmud Mat

    Portfolio yang kekal dibawah British:
    – Hal Ehwal Ekonomi
    – Perindustrian dan Perhubungan Sosial
    – Perumahan dan Kerja Raya



Ciri-ciri Sistem Ahli

  • Ahlinya bertaraf ‘Menteri’ dan menjaga satu portfolio
  • Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya British
  • Ahli mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan portfolionya
  • Merupakan sistem kabinet bayangan


Kepentingan Sistem Ahli ke Arah Kemerdekaan

  • Pendedahan kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran
  • Memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya daripada pemimpin berbilang kaum
  • Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu mendapat sokongan semua penduduk


7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan

Beberapa laporan atau undang-undang tentang sistem pendidikan kebangsaan telah diterbitkan


Laporan Barnes 1951

  • Menekankan sekolah rendah sebagai tempat membina rupa bangsa
  • Kandungan:
    • Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
    • Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris

Laporan Fenn-Wu 1951

  • Berikutan bantahan masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes
  • Kandungan:
    • Sekolah Cina diteruskan dengan berorientasikan Tanah Melayu

Ordinan Pelajaran 1952

  • Undang-undang yang diluluskan bagi sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutuan
  • Kandungan:
    • Terdapat dua jenis sekolah rendah, iaitu yang menggunakan bahasa Melayu dan yang menggunakan bahasa Inggeris
    • Bahasa ibunda diajar sekiranya terdapat 15 orang murid
    • Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris

Laporan Woodhead di Sarawak

  • Cadangan tentang pendidikan di Sarawak
  • Diterima di Sabah dengan beberapa pindaan
  • Kandungan:
    • Sekolah menengah yang menggunakan bahasa Inggeris
    • Menyeragamkan sukatan pelajaran
    • Buku teks yang berunsur tempatan
    • Pendidikan sivik diajar secara formal

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956

  • Mencadangkan sistem pelajaran kebangsaan yang baharu
  • Kandungan:
    • Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu
    • Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil
    • Bahasa Melayu dan Inggeris menjadi mata pelajaran wajib
    • Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu
      • Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran



7.5 Penubuhan Parti Politik

Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan

Pakatan PUTERA-AMCJA

  • Memupuk kerjasama politik antara kaum
  • Melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat:
    • Pemerintahan sendiri
    • Pembentukan Dewan Perundangan
    • Menerima kewarganegaraan yang hanya satu

Persidangan Kebangsaan

  • Disertai oleh IMP, MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya
  • Untuk membentuk gabungan parti politik kebangsaan yang bersatu
  • Menuntut pilihan raya Persekutuan diadakan

Konvensyen Kebangsaan

  • Dihadiri oleh UMNO, MCA dan PAS
  • Mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan

Pembentukan Parti Perikatan

  • Dibentuk oleh UMNO, MCA dan MIC yang melambangkan tiga kaum terbesar


Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 7)